Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Mewah Off-Road Lexus GX 2026 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Lexus Malaysia memberi bayangan kemunculan model baharu tidak lama lagi menerusi laman Facebook rasminya. 


Walaupun hanya menunjukkan siluet gelap, tidak sukar untuk mengesan bahawa Lexus sebenarnya ‘mengacah’ kemunculan  SUV mewah off-road, Lexus GX generasi ketiga. Teks dan kapsyen yang disertakan dalam perkongsian itu turut mengesahkan pelancaran rasmi akan berlaku dalam masa terdekat.


web_Lexus-MY_GX-teaser.jpgLexus-GX-2024-Premium-6.jpgLexus-GX-2024-Premium-11.jpg


Lexus GX varian Premium 


Lexus GX ini mula diperkenalkan secara global pada Jun 2023, diposisikan di antara model LX dan RX, dan dibangunkan di atas GA-F body-on-frame yang sama dengan model LX yang lebih besar.


Apakah Pilihan Trenkuasa Yang Ditawarkan Pada Lexus GX Baharu?


Lexus-GX-2024-Overtrail-10.jpg


Semasa pelancarannya, Lexus GX generasi ketiga ini ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu:

  • Enjin petrol V6 3.5 liter turbo kembar yang menghasilkan kuasa 415 PS dan tork 650 Nm.
  • Sistem hibrid iaitu gabungan enjin petrol turbo 4 silinder 2.4 liter (sama seperti pada Toyota Tacoma) berkuasa 326 hp dan 630 Nm tork dan motor elektrik serta pek bateri NiMH 1.97 kWj yang memberikan kuasa tambahan 48 hp.  


Apa Itu Ciri Off-Road E-KDSS Pada Varian 'Overtrail'?


Lexus-GX-2024-Overtrail-15.jpgLexus-GX-2024-Overtrail-19.jpgLexus-GX-2024-Overtrail-21.jpgLexus-GX-2024-Overtrail-27.jpg


Lexus GX ini turut didatangkan dalam versi lasak iaitu ‘Overtrail’. Varian ini dilengkapi tayar pelbagai permukaan atau all-terrain dan pakej suspensi Electronic Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang diambil daripada model Toyota Land Cruiser 300 terkini.


E-KDSS adalah sistem suspensi aktif pintar yang berfungsi dengan mengunci atau melepaskan bar anti-guling (anti-roll bars) hadapan dan belakang secara bebas. Ini membolehkan pergerakan dan kawalan roda yang lebih fleksibel, menjadikannya sempurna semasa menempuhi perjalanan off-road yang mencabar dan tidak sekata. 


Sejauh Mana Reka Bentuknya Meningkatkan Kemampuan Off-Road Lexus GX?


Walaupun menyerlahkan aura mewah, Lexus GX bukanlah ‘model manja’ kerena ia mempamerkan kemampuan off-road tinggi yang dibantu oleh geometri rekaannya yang mantap, termasuk sudut sua (approach), pelepasan (departure) dan breakover yang tinggi, masing-masing mencapai 26 darjah, 23 darjah dan 23 darjah. 


Ini secara tidak langsung, membolehkan jentera bergerak agresif semasa mendaki bukit, selamat semasa menuruni bukit dan tidak mudah ‘tersangkut’ dalam cabaran.  


Lexus-GX-2024-Overtrail-7.jpg


Sebaik dilancarkan secara rasmi oleh Lexus Malaysia, GX dijangka akan dijadikan model flagship dalam barisan SUV tempatan syarikat yang kini merangkumi LBX, NX, RX dan model elektrik RZ. 


Info selanjutnya dijangka akan didedahkan menjelang pelancarannya nanti. Nantikan perkembangan selanjutnya di Carz.com.my. 

Juga Menarik: Lexus RX 500h F Sport Special Edition Dilancarkan Di Malaysia

Juga Menarik: Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia

Tag:

Lexus Malaysia
Lexus GX
Lexus GX Gen 3
Lexus GX Generasi Ketiga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta

UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.

15-08-2024
Kereta Baru

Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K

Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).

23-07-2024
EV

Harga Lexus RZ450e Cuma RM429,888, Ada 1 Varian

Nama pun Luxury, harga pun agak mewah.

10-07-2024
EV

Lexus Malaysia Kongsi Teaser SUV Elektrik Lexus RZ450e – Pelancaran Tak Lama Lagi?

Lexus Malaysia baru-baru ini memuat naik teaser model baharu di Facebook dan Instagram.

03-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026