Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Untuk TQ Wuling Bingo Elektrik Sudah Dibuka, Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

TQ Wuling Bingo sudah dibuka untuk tempahan sekali gus memberi bayangan model ini akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, tidak lama lagi.

Tempahan yang dibuka secara dalam talian menunjukkan ia ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran Malaysia,iaitu versi varian Pro boleh gerak sejauh 333 km dan satu lagi versi Max, sejauh 410KM.

Kedua-dua varian ini menawarkan bumbung berwarna hitam namun varian Pro didatangkan dalam warna Neon Blue  dan Milky White manakala Max ditambahkan dengan warna Lavender Purple serta dua warna lagi sama dengan Pro.

image.pngimage.png


Para pelanggan yang berminat dengan model comel ini boleh membuat  tempahan dengan membayar   RM50 dan memilih pusat pengedar mengikut kehendak mereka.

image.png

Untuk makluman, terdapat empat pusat pengedar di wilayah tengah, tiga di wilayah selatan, lima di wilayah utara, dan tiga di pantai timur.

TQ Wuling sebelum ini ada mengumumkan harga anggarannya cuma sekitar RM100,000, tetapi dengan pengeluaran CKD, harga pelancaran dijangka jauh lebih rendah, sekali gus berpotensi menjadikan Bingo salah satu EV paling mampu milik di Malaysia.

Dari segi ukuran, model ini lebih besar berbanding pesaing terdekat seperti BYD Seagull. Dimensi keseluruhan adalah 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar, dan 1,580 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,560 mm.

Kedua-dua varian Bingo dilengkapi motor hadapan dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  67 hp dan 150 Nm, serta dipadankan dengan bateri Wuling Magic LFP berkapasiti  31.9 kWh untuk Pro dan 37.9 kWh untuk Max.

Varian Pro menawarkan jarak 333 KM mengikut CLTC (273 KM WLTP), manakala varian Max pula  410 KM.

Dikhabarkan, varian Max boleh memecut dari 0–50 km/j hanya dalam 5.3 saat dan mempunyai kelajuan maksimum yang diisytiharkan pada 130 km/j.

image.png

Kedua-dua varian disertakan dengan pengecasan pantas DC 50 kW, yang dikatakan mampu mengecas bateri dari 30–80% dalam masa 35 minit.

Berdasarkan model pra-pengeluaran yang kami lihat, Bingo nampaknya merupakan sebuah kereta empat tempat duduk, dengan hanya dua tali pinggang keledar di bahagian belakang.

Ini merupakan perkara penting untuk pembeli yang membandingkan EV kompak, kerana kebanyakan pesaing dalam segmen ini direka untuk lima tempat duduk.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, Bingo hadir dengan lampu LED selain bentuknya yang bulat membuatkan ia kelihatan agak comel.

Melihat kabinnya, ia hadir dengan  dua skrin 10.25 inci, sistem kemasukan dan penghidupan tanpa kunci, upholsteri kulit sintetik, dan tempat duduk berkuasa.

Namun adakah ini cukup untuk menjadikannya pencabar kuat dalam segmen EV peringkat permulaan, dan mampu menewaskan  Proton e.MAS 5?



Gallery

Tag:

TQ Wuling Bingo EV
TQ Wuling
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.

22-01-2026
Berita Auto
TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.

20-09-2025
EV
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV
MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.

08-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026