- Berita
- EV
- TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.
Kerjasama ini menggabungkan kepakaran global EV daripadaSAIC-GM-Wuling (SGMW) dengan pengalaman luas Kumpulan Tan Chong dalam pembuatan tempatan, bagi memastikan kualiti bertaraf antarabangsa yang disesuaikan khas untuk pasaran Malaysia.
.jpeg)
Bagi fasa awal, TQ Wuling mengamalkan pendekatan pengeluaran secara berperingkat, dengan fleksibiliti untuk meningkatkan kapasiti selaras dengan permintaan pasaran dan perkembangan segmen EV tempatan. Pendekatan ini memastikan kestabilan bekalan, konsistensi kualiti dan kecekapan operasi yang optimum.
Dibangunkan dengan penekanan tinggi terhadap aspek keselamatan, Bingo EV menetapkan penanda aras baharu sebagai model EV pertama di pasaran yang dilengkapi enam beg udara serta struktur badan yang mengintegrasikan keluli ultra-berkekuatan tinggi 1,500 MPa.
Teknologi EV yang Terbukti TQ WULING Bingo EV dilengkapi dengan bateri EV MAGIC proprietari Wuling yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti. Bateri WULING MAGIC direka bentuk dengan keselamatan, dibangunkan di bawah sistem keselamatan bateri berstandard ultra tinggi Wuling.
Ia direka untuk memberikan perlindungan berbilang lapisan melalui pembinaan pek bateri yang diperkukuh, pengurusan haba termaju, serta perlindungan elektrik yang komprehensif. Sistem ini telah melalui siri ujian ketat di bawah keadaan ekstrem—termasuk hentaman, mampatan, pendedahan kepada api, perendaman air dan tekanan haba—bagi memastikan prestasi stabil dan integriti struktur dalam senario pemanduan sebenar.
Apa yang menarik, daripada lebih tiga juta kenderaan elektrik Wuling yang dijual di seluruh dunia, sistem Bateri MAGIC tidak pernah mencatat sebarang kejadian kebakaran atau letupan, sekali gus membuktikan kejuruteraan keselamatan yang kukuh serta kebolehpercayaan jangka panjang dalam penggunaan harian.
Sebagai pengukuhan tambahan terhadap kredibiliti keselamatannya, bateri MAGIC mempunyai penarafan IP68, memberikan perlindungan menyeluruh terhadap kemasukan habuk dan perendaman dalam air. Ini memastikan prestasi yang konsisten walaupun dalam persekitaran mencabar, termasuk hujan lebat atau banjir.
Ditawarkan dalam dua varian lengkap, iaitu Bingo PRO dan Bingo MAX, model ini masing- masing berharga RM67,800 dan RM72,800. Sempena pelancarannya, TQ WULING memperkenalkan Bingo’s Fabulous 5 Perks yang merangkumi rebat tunai bernilai RM5,000.

Kedua-dua varian Bingo menawarkan jarak pemanduan elektrik yang praktikal, dengan Bingo PRO mampu mencapai sehingga 333 km (CLTC), manakala Bingo MAX pula sehingga 410 km (CLTC) bagi setiap cas penuh.
Bingo EV menggabungkan saiz kompak dengan rekaan ringkas berinspirasikan retro, kemasan dalaman moden, serta kepraktisan yang teliti, termasuk 15 ruang simpanan dalaman dan ruang but fleksibel sehingga 1,240 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Menjengah bahagian dalaman ialah susun atur konsol tengah dan papan pemuka bergaya “floating-island”, yang menempatkan dua skrin bersaiz 10.25 inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen.
Dengan tawaran ini, harga atas jalan bagi Bingo PRO ialah RM62,800 manakala Bingo MAX berharga RM67,800, menjadikan Bingo EV salah satu kenderaan elektrik yang lebih mampu milik di pasaran dan memudahkan pemilikan EV untuk lebih ramai pengguna di Malaysia.
Sementara itu, 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menikmati manfaat bernilai sehingga RM12,000 di bawah tawaran Bingo’s Fabulous 5 Perk, termasuk rebat tunai RM5,000, jaminan komprehensif bagi bateri dan motor pemacu.
Malah, ansuran bulanan cukup rendah kerana bermula daripada RM625, ditawarkan pengecas EV rumah 7kW, pengecas EV mudah alih 3-pin, pakej penapisan solar premium TQ percuma, serta 17 manfaat perlindungan insurans komprehensif dengan liputan khas untuk kenderaan elektrik.
Pelanggan boleh membuat tempahan TQ WULING Bingo EV dengan bayaran tempahan serendah RM50 melalui tapak web tqwuling.my, di mana-mana bilik pameran TQ WULING atau di mana-mana jerayawara TQ WULING.
Bagi yang berminat, TQ WULING Bingo ditawarkan dalam warna Milky White, Neon Blue dan Lavender Purple, kesemuanya dipadankan dengan bumbung hitam yang kontras, menyerlahkan karakter yang muda dan moden.
Waranti dan Rangkaian TQ WULING Bingo EV dilengkapi dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000 km*, jaminan motor pemacu selama 8 tahun/160,000 km* dan jaminan kenderaan selama 5 tahun/150,000 km* terhadap kecacatan pengeluaran (*yang mana terdahulu).
Kini, enam bilik pameran khusus TQ WULING telah tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia, disokong lagi oleh tujuh pusat selepas jualan melalui rangkaian servis mantap.
TCMH, dengan pembukaan cawangan tambahan dijadualkan dalam beberapa bulan akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan TQ WULING Bingo EV, sila layari www.tqwuling.my atau ikuti saluran media sosial TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


