- Berita
- Global
- BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand. Kereta sedan hibrid plug-in (PHEV) ini merupakan model DM-i kedua yang dijual di sana dan juga model keempat BYD yang dipasang di kilang BYD di Rayong, Thailand.
Dua Varian, Harga Promosi Menarik
Di pasaran Thailand, Seal 5 DM-i ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan Premium. Harga bermula dari THB 769,900 (~RM100,373), tetapi kini dijual pada harga promosi untuk tempoh masa terhad pada THB 699,900 (~RM91,247).
Ciri Mekanikal BYD Seal 5 DM-i
Berbeza dengan versi yang dikeluarkan untuk pasaran China iaitu BYD Seal 05 DM-i, model ni turut dinamakan sebagai BYD Chaser 05 di pasaran Thailand. Ia dibangunkan berdasarkan platform DM-i 4.0 milik BYD dengan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder berkuasa 97 hp dan tork 122 Nm. Enjin ini digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 194 hp, memberikan kuasa gabungan 215 hp dan tork 300 Nm yang mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat.
Varian Standard dilengkapi bateri ‘Blade’ LFP berkapasiti 13.08 kWj dengan jarak pemanduan elektrik sehingga 80 km, manakala varian Premium menerima bateri lebih besar 18.3 kWj dengan jarak EV sehingga 120 km (mengikut piawaian NEDC). Varian Premium juga menyokong fungsi kenderaan-ke-beban (V2L), membolehkan jentera digunakan sebagai sumber kuasa mudah alih untuk peranti elektronik.
Baca: Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China
Rekaan Moden BYD Seal 5 DM-i
Seal 5 DM-i yang hadir dalam gaya badan sedan empat pintu yang futuristik dan aerodinamik mengambil banyak elemen rekaan daripada model elektrik BYD lain seperti EV BYD Seal.
Antara ciri menyerlah pada model ini ialah lampu LED tajam di depan dan ‘through-type’ LED di belakang, rim aloi dua tona 17 inci, serta dimensi yang kompak dengan panjang 4,780 mm, lebar 1,837 mm dan tinggi 1,495 mm, dengan jarak roda 2,718 mm.
Baca: Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma
Kabin BYD Seal 5 DM-i
Model ini dilengkapi pelbagai teknologi menarik terutamanya varian Premium, termasuk skrin infotainmen 12.8 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, papan instrumen digital 8.8 inci, tempat duduk depan boleh laras secara automatik, upholsteri kulit sintetik, kunci digital NFC, pengecas tanpa wayar, sistem audio 8 pembesar suara dan lain-lain.
Pasaran RHD Model Sedan
Pelancaran BYD Seal 5 DM-i juga menandakan kali pertama model sedan elektrik ini dijual di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD), memberi harapan untuk pasaran lain rantau Asia Tenggara menerima kehadiran model ini.
Di Malaysia, BYD Cars baru-baru ini menayangkan teaser model baharu yang dipercayai sama ada BYD Seal EV 2025 dengan teknologi 800 volt atau mungkin varian Seal 5 DM-i, yang berpotensi menjadi model PHEV BYD pertama di Malaysia.
Baca: Prestasi Chery Melonjak Segenap Aspek – NEV Meningkat Hampir 50 Peratus
Baca: BYD Yangwang U9 Track Edition Catat Kelajuan Luar Biasa, Cecah 3,019 PS
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv