- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mengukuhkan segmen elektrifikasi premium dengan pelancaran rasmi SUV Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic dengan teknologi hibrid EQ. Model hibrid plug-in (PHEV) ini diperkenalkan untuk menarik minat pembeli yang mencari mendambakan prestasi dan kemewahan, tetapi pada masa sama mahukan keupayaan pemanduan elektrik tulen untuk kegunaan harian.
Sejauh Manakah Prestasi Yang Dijanjikan GLE 400 e 4Matic?
GLE 400 e 4Matic dikuasakan oleh sistem PHEV generasi baharu yang menggabungkan enjin 2.0 liter berpengecas turbo empat silinder (252 hp/400 Nm), motor elektrik (115 kW/440 Nm) dan bateri lithium-ion 31 kWj. Sistem trenkuasa hibrid ini secara keseluruhan menjana 381 hp dan tork 650 Nm. Kuasa disalurkan melalui sistem transmisi 9 kelajuan 9G-Tronic dan 4Matic AWD. Sistem trenkuasa ini membolehkannya memecut dalam masa sepantas 6.1 saat dengan kelajuan tertinggi 210 km/j.


Jentera dan enjin GLE 450 4Matic yang telah dipasarkan lebih awal di Malaysia.
Sebagai perbandingan, varian GLE 450 4Matic sedia ada menggunakan enjin petrol 6-silinder sebaris 3.0 liter dengan sistem hibrid ringkas (MHEV), menghasilkan 381 hp dan 500 Nm. Gandingan sistem pacuan semua roda 4Matic AWD dan sistem transmisi automatik 9 kelajuan membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat.
Dengan cas penuh, sistem ini mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 114 km (WLTP). Selain pengecasan AC 11 kW yang membolehkan bateri dicas dari 10% ke 100% dalam 2.5 jam, bateri ini juga boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 60 kW, membolehkan ia dicas dari 10% ke 80% dalam masa hanya 29 minit.
Apakah Yang Membuatkan GLE 400 e Menarik Dalam Segmen SUV Mewah?



Pelancaran GLE 400 e 4Matic memperkukuhkan kedudukan Mercedes-Benz sebagai peneraju dalam kenderaan elektrifikasi mewah. Model ini didatangkan dengan spesifikasi AMG Line luaran dan dalaman. Berikut adalah antara ciri menarik yang ditawarkan:
- Rekaan Menawan Jiwa: Rim aloi ringan AMG 5-jejari berkembar 21 inci, lampu multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, ambang pintu yang bercahaya dll.
- Kabin Mewah: Sistem infotainmen MBUX generasi kedua, skrin berkembar besar berukuran 12.3 inci, navigasi AR, tempat duduk belakang boleh laras secara automatik, streng sport dengan butang kawalan (kulit Nappa), pakej kawalan pendingin hawa THERMOTRONIC, pencahayaan ambien 64 warna dll.
- Pakej Pemanduan: Pakej AIRMATIC (Suspensi udara pintar adaptif ADS+) yang meningkatkan keselesaan dan kestabilan, Driving Assistance Package Plus (termasuk Active Distance Assist DISTRONIC dengan Active Steering Assist, Evasive Steering Assist, dan Active Lane Keeping Assist), Pakej Parkir dengan kamera 360° dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC serta ciri off-road iaitu bonet lutsinar melalui kamera 360° untuk navigasi di laluan mencabar dll.


Dengan gabungan prestasi, kemewahan dan teknologi canggih yang ditawarkan GLE 400 e 4Matic dijangka menjadi pesaing hebat dalam segmen SUV PHEV di Malaysia yang kini dikuasai oleh model-model seperti BMW X5, Volvo XC90 facelift, VW Touareg dan Audi Q7.
Berapakah Harga GLE 400 e 4Matic Di Pasaran Malaysia?

Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang ini dijual pada harga RM498,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans).

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv