Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Wan Asyraf, lelaki tersebut memberikan perjelasan berhubung situasi yang didakwa berlaku pada hari kejadian.

“Desakan banyak sangat. Kita tunggu sejam lebih sebelum buat ‘live’, kita tunggu dah. Masalahnya dia parking halang laluan. Kalau sekejap tak apa, masalahnya kita tunggu lama. Orang belakang berjujuk bersusun. Kalau kita seorang, okey saja. Masalah kita fikir driver bas, orang dalam bas. Orang tua, budak-budak ada, bukan kita tak fikir.

Kita fikir orang belakang. Kalau kereta tu, mampuh mu lah. Menyusahkan orang, jadi susah belaka. Kita nak tolong biar lepah (lepas) belaka,” katanya dalam video berkenaan.

Menerusi rakaman video dikongsi di TikTok, beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret treler yang mahu memasuki laluan ke R&R tersebut.

Susulan itu, polis mengesahkan empat kenderaan mengalami kerosakan dan kemalangan berlaku akibat kenderaan yang diparkir di bahu jalan berkenaan menghalang pergerakan treler.  


SUMBER: KOSMO


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Lesen Digantung Mahkamah? Jangan Nekad Memandu Jika Tidak Mahu Dipenjara 3 Tahun.

22-07-2026
Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto