Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Status Sebenar LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Diketahui Januari 2026 Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


Teka-teki mengenai status permulaan operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam bakal berakhir tidak lama lagi, selepas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan bahawa perkara itu akan diumumkan dalam bulan Januari 2026. 


Penangguhan ini bagi memastikan fasa pengujian mencapai tahap keselamatan dan kestabilan yang paling optimum sebelum membawa penumpang.


Mengapa LRT3 Belum Boleh Beroperasi Sekarang?


image.png


Walaupun landasan ‘nampak’ seperti sudah siap, terdapat prosedur teknikal yang sangat ketat perlu dipatuhi. Menurut Ketua Operasi Laluan Shah Alam, Mohd Ariffin Idris, jentera rel tersebut kini sedang melalui fasa penting:

  • Ujian Larian Tanpa Gagal (Failure-Free Run, FFR): Kesemua 22 buah tren LRT3 wajib melepasi ujian FFR.
  • Pemantauan APAD: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memantau rapat setiap kilometer larian bagi memastikan tiada ralat dikesan.
  • Status Semasa: Setakat ini, baru tiga buah tren mencapai jarak ujian yang ditetapkan, namun penilaian semula sedang dilakukan oleh APAD bagi meneliti kriteria teknikal yang lebih mendalam.

Apakah Isu Utama Yang Menyebabkan Kelewatan Ini?


Terdahulu pada 10 Disember lalu, Prasarana mengesahkan LRT3 tidak sempat dibuka pada tahun 2025 kerana wujud isu kestabilan sistem dan perisian semasa fasa pengujian dan pentauliahan (T&C) yang memerlukan pembaikan segera. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, menegaskan operasi hanya akan bermula jika semua komponen teknikal disahkan stabil mengikut piawaian ketat APAD.

Tag:

LRT3
LRT3 Shah Alam
Rel Shah Alam
Status LRT3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2026
Berita Auto

04-08-2025
Berita Auto

27-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026