Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pemandu  Toyota Vellfire ditahan selepas dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga cedera dalam insiden yang tular berlaku di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Vikra Mathitthan berkata,  lelaki tempatan berumur 18 tahun itu sudah ditahan 

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan menghalang laluan sebuah MPV.

"Pemandu MPV didapati membunyikan hon sehingga telah berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara kedua-dua individu tersebut.

"Seterusnya pemandu MPV itu juga didapati telah melanggar penunggang motosikal sehingga menyebabkan kecederaan kepadanya dan kerosakan kepada kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, penunggang motosikal kini dirawat di Wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kerana mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan serta pendarahan di kepala.

Jelas beliau, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan isterinya yang merupakan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan ringan selepas diseret dalam kejadian berkenaan.

Tambahnya lagi, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, 506, 160 dan 182 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Sebelum itu, tular video dikongsi di media sosial memaparkan pemandu MPV jenis Toyota Vellfire berwarna hitam merempuh penunggang motosikal.

Dalam rakaman itu, turut kelihatan seorang wanita cuba menghalang tindakan pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum termasuk ke dalam longkang.


Gallery

Tag:

Vellfire MPV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Pakai Kereta Mewah Tapi Tak Nak Bayar Insurans, Cukai Jalan

Pemilik Toyota Vellfire dicekup gara-gara menggunakan nombor pendaftaran kereta Perodua Kancil.

26-11-2025
Berita Auto

Kedai Mercun Terbakar, 3 Kereta Musnah

Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,

12-02-2025
Berita Auto

Viral! Aksi Lelaki Guna Tangan Untuk Alih Vellfire

Seorang lelaki dikatakan menggunakan kuasa ghaib untuk mengalihkan kereta.

25-10-2024
Berita Auto

Kereta Terbakar Tiba-Tiba, Mujur Semua Selamat

Seorang wanita dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar.

09-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026