Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada 6 Rumah Pun Dapat STR, Ini Amaran Keras MoF

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF berkata, setiap permohonan STR melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan bagi menyemak kelayakan pemohon.

Menurut MoF, semakan berkala turut diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak rekod pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara pemohon

"Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil. Kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial dakwaan seorang individu layak untuk menerima bantuan STR, meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan.

Dalam pada itu, MoF dalam kenyataan sama memaklumkan peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Menurut MoF, peruntukan berjumlah besar itu susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.

SARA menyediakan bantuan asas berterusan kepada rakyat dengan 8 juta individu, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar layak menerimanya secara bulanan.

STR pula diberi sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih.

"Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberikan ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan," menurut kenyataan itu.

MoF turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan.

Gallery

Tag:

STR
SARA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.

15-01-2026
Berita Auto

Puspakom, MIROS Jalin Kerjasama Untuk Tambah Baik Sistem Keselamatan Jalan Raya

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melaksanakan Program Bersama PUSPAKOM–MIROS, di ibu negara semalam.

15-01-2026
Berita Auto

GWM Labuhkan Tirai 2025 Dengan Prestasi Cemerlang, Catat Pertumbuhan 177%

GWM Malaysia melabuhkan tirai 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 177% berbanding tahun sebelumnya.

15-01-2026
Berita Auto

Isi RON95: Warga Singapura Didenda RM9,000

Seorang warga emas didenda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Majistret .

15-01-2026
Berita Auto

Ada 6 Rumah Pun Dapat STR, Ini Amaran Keras MoF

Tular dalam media sosial dakwaan seorang individu layak untuk menerima bantuan STR, meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan.

15-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Turun: Kali Ini RON97 Turun 3 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 2 Sen, Ada Sebabnya!

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.08 dan RM2.52 seliter bagi tempoh 15-21 Januari 2026.

14-01-2026
Berita Auto

Servis Teksi Air Di Pulau Pinang, Rupanya Tidak Dapat Dilaksanakan, Ada Sebabnya!

Cadangan memperkenalkan perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasikan kerana aspek teknikal dan keselamatan yang perlu diselesaikan.

13-01-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026