Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik: STR Dibayar Hari Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan akan mula menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bermula hari ini, dengan peruntukkan sebanyak RM1.1 bilion.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu akan memberi manfaat kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan.

Mereka yang layak akan terima sebanyak RM100 sehingga RM500, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

"Selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan inisiatif ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup secara lebih berkesan, kerajaan menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini.

"Di bawah penambahbaikan ini, lebih lapan juta rakyat layak menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar berdasarkan pangkalan data eKasih.

"Ini menjadikan SARA sebagai bentuk bantuan asas yang menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat," kata MOF dalam kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan, STR pula diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.

Pendekatan bersepadu itu memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberi ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan.




Gallery

Tag:

Budi95 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026