Link Copiedcheck_circle
EV

BMW Umum Pembukaan Stesen Pengecas EV Di Alor Setar

Suhana Veru

Kongsi melalui

17.-BMW-Group-Malaysia-Enhances-Premium-Ownership-Experience-with-the-Relocation-of-Lee-Motors-to-New-Retail.NEXT-Showroom-and-EV-Charging-Expansion..jpg

Selain pemindahan Lee Motors ke Pusat Pameran Retail.NEXT baharu, BMW Group Malaysia turut menubuhkan sebuah stesen pengecas baharu bagi mempertingkatkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Alor Setar.

Dikendalikan oleh DC Handal melalui kerjasama dengan Lee Motors, stesen pengecas ini dilengkapi satu pengecas pantas arus terus (DC) 180 kW dan dua pengecas arus terus (DC) 60 kW, dengan kadar pengecasan bermula daripada RM1.30 per kWh, menawarkan pilihan pengecasan yang pantas dan diyakini bagi memenuhi keperluan pemilik EV yang semakin meningkat di Kedah.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, sebagai Pengeluar Kenderaan Elektrik Premium Nombor Satu di Malaysia, kami memahami bahawa kepimpinan mobiliti sebenar bukan hanya pada kenderaan, malah turut merangkumi keseluruhan pengalaman pemilikan.

"Komitmen berterusan kami dalam memperluas infrastruktur pengecasan diteruskan dengan pelancaran stesen pengecas baharu di Alor Setar, memberi jaminan kepada pelanggan bahawa memilih kenderaan elektrik tidak bermakna perlu berkompromi daripada segi kemudahan atau keyakinan.

"Rakan pengedar kami di rantau ini, Lee Motors, serta kerjasama jangka panjang kami bersama pengendali stesen pengecas utama, memainkan peranan penting dalam memastikan akses dan kemudahan untuk pemilik EV di seluruh negara,”katanya. 

Sehingga 2025, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan lebih 2,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara. Awal tahun ini, pengeluar automotif premium ini juga telah memperluas rangkaian pengecasannya di Putrajaya dan Kuala Lumpur, bekerjasama dengan beberapa Pengendali Stesen

Pengecas utama bagi memperkukuh akses terhadap pengecas elektrik di kawasan tumpuan tinggi. Melalui portfolio EV yang komprehensif serta prinsip Keterbukaan Teknologi, BMW Group Malaysia menerajui mobiliti premium dengan membentuk rangkaian mobiliti elektrik yang terhubung, mudah diakses, dan bersedia menghadapi masa hadapan di negara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian pengecas BMW Group Malaysia, sila layari: https://www.bmw.com.my/en/electric-cars/electric-car-charging/public-charging.html

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026