- Berita
- EV
- Proton e.MAS 7 2026, Harga Bermula- RM99,800

PRO-NET, sebuah anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional PROTON, memperkenalkan Proton e.MAS 7 2026 yang dihasilkan secara tempatan di Malaysia.
Pengenalan ini menandakan satu pencapaian penting dalam memajukan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara, dengan menawarkan kepada pemandu Malaysia sebuah kenderaan yang menggabungkan kepraktisan, teknologi canggih dan mobiliti mampan pada harga yang mampu milik.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pengeluaran tempatan serta penawaran harga yang kompetitif bagi Proton e.MAS 7 mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan kenderaan elektrik yang bukan sahaja inovatif, malah mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia
“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada para pelanggan kerana menjadikan e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia pada tahun 2025. Dengan kemas kini terbaru bagi model 2026, termasuk ciri-ciri yang dipertingkatkan serta spesifikasi yang disesuaikan untuk pasaran tempatan, pengalaman pemanduan e.MAS 7 kini menjadi lebih selesa dan selamat," katanya.
Ciri Baharu Proton e.MAS 7 Model 2026
Varian PRIME:
Tambahan Power Tailgate
- Ciri pintu tailgate elektrik membolehkan pengguna membuka dan menutup but dengan mudah hanya melalui satu sentuhan butang atau menggunakan alat kawalan jauh. Ia amat praktikal, terutamanya apabila tangan penuh, sekali gus memudahkan proses memuat dan mengeluarkan barangan.
Varian PREMIUM:
- Naik Taraf ADAS (Sistem Bantuan Pemandu)
Varian Premium kini dilengkapi dengan tiga ciri keselamatan pemandu:
- Evasive Manoeuvre Assist (EMA): Membantu pemandu mengelak halangan semasa situasi kecemasan, sekali gus mengurangkan risiko pelanggaran.
- Front Cross Traffic Alert (FCTA): Memberi amaran kepada pemandu mengenai kenderaan yang menghampiri dari sisi di persimpangan, meningkatkan jarak pandang dan masa tindak balas.
- Active Lane Change Assist (ALCA): Menyokong pertukaran lorong dengan selamat dengan mengawasi titik buta dan secara automatik menyesuaikan stereng jika perlu.
Bagi meraikan pengenalan Proton e.MAS 7 model 2026, para pembeli akan menerima pakej manfaat tambahan bernilai RM4,000. Pakej ini merangkumi perkara berikut:
Power Home
- Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500
Power Plus
- V2L Adaptor Percuma bernilai RM500
Power Online
- 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800
Power Thru
- Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
- Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km
Power Exchange
- Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 5,000

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

