Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas diperkenalkan di Australia tahun lalu, BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.

Ditawarkan pada harga bawah £30,000 (RM163,175), Sealion 5 DM-i diposisikan sebagai SUV PHEV bersaiz sederhana terbaharu jenama itu.

Ia dijangka bersaing dengan beberapa C-SUV bersaiz besar yang popular di UK, seperti Honda CR-V, Kia Sportage dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Dari segi rangkaian kuasa, Sealion 5 DM-i — yang juga dikenali sebagai BYD Song Plus DM-i di China dan beberapa pasaran lain.

Ia dikuasakan oleh sistem Dual Mode Super Hybrid milik BYD dan menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.5 liter. Untuk itu, ia yang digandingkan dengan motor elektrik mampu menghasilkan kuasa gabungan 209 hp (156 kW).

Konfigurasi ini membolehkan SUV PHEV ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.7 saat.

image.png

Tenaga disimpan sama ada dalam pek bateri BYD Blade LFP berkapasiti 12.96 kWh atau 18.3 kWh, dengan BYD mendakwa versi yang lebih besar mampu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 85 km.

Digabungkan dengan tangki petrol berkapasiti 52 liter, Sealion 5 DM-i mampu mencapai jarak perjalanan keseluruhan melebihi 1,000 km, sambil mencatatkan kecekapan bahan api gabungan sebanyak 18.76 km seliter.

Namun begitu, tidak seperti kebanyakan PHEV moden lain, Sealion 5 DM-i hanya menyokong pengecasan AC 3.3 kW. Ini bermakna pengecasan dari 15% hingga 100% mengambil masa sekitar 4.5 jam bagi pek bateri 12.96 kWh, dan sehingga enam jam bagi unit 18.3 kWh yang lebih besar.

Dari segi luarannya, BYD Sealion 5 DM-i spesifikasi UK kelihatan hampir sama dengan versi Australia dan Filipina, menampilkan reka bentuk SUV ringkas dengan beberapa elemen rekaan ikonik BYD.

image.png

Ia hadir dengan gril hadapan besar yang diapit lampu hadapan LED penuh, garisan bahu yang jelas dengan pelapik bawah badan plastik, lampu belakang LED nipis melintang penuh, kemasan perak pada tiang-D seperti BYD Atto 3 EV, spoiler bumbung, rim aloi dua tona 18 inci, serta rel bumbung aluminium.

Dari segi dimensi, Sealion 5 DM-i berukuran 4,738 mm panjang, 1,860 mm lebar dan 1,710 mm tinggi, dengan jarak roda 2,712 mm.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, Sealion 5 DM-i spesifikasi UK menawarkan suasana minimalis tetapi lengkap, dengan susun atur yang serupa seperti model BYD lain.

Antara kelengkapan teknologi utama termasuk skrin infotainmen tengah 12.8 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, paparan meter digital 8.8 inci, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi pemanas, kamera pandang belakang, enam pembesar suara, port USB-C, pengecas tanpa wayar 15 watt, corong pendingin hawa belakang khusus, pintu but berkuasa, serta ruang but berkapasiti 463 liter.

image.pngimage.png

Dengan Sealion 5 DM-i kini telah dilancarkan di dua pasaran RHD utama seperti Australia dan UK, terdapat kemungkinan besar SUV PHEV ini akan memasuki pasaran Malaysia. J

ika ia diperkenalkan di sini, Sealion 5 DM-i bakal berdepan persaingan sengit terutamanya  Chery Tiggo 7 PHEV CSH yang baharu serta Proton e.MAS 7 PHEV.



Gallery

Tag:

BYD Sealion 5 DM-i PHEV
BYD Sealion 5 DM-i
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-02-2026
Global

02-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Global

15-12-2025
EV

29-10-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Pandu Uji

07-04-2025
Pandu Uji

25-01-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026