Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_MINI-Countryman-Horse-launch_-2.jpg


Selain pengenalan BMW i5 CKD dan BMW iX1 versi jarak roda panjang (LWB),  BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif. Menerusi jenama MINI Malaysia, model MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026 kini rasmi mendarat untuk peminat yang mendambakan kelainan.


Dibina berasaskan model Countryman S ALL4 versi pemasangan tempatan (CKD), edisi khas ini dihasilkan khusus untuk meraikan "Tahun Kuda Api" (Year of the Fiery Horse) dengan sentuhan yang sangat unik.


Juga Menarik: MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000


Berapa Unit Yang Tersedia Untuk Pasaran Malaysia?


04.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg


Sekiranya anda lahir dalam tahun kuda atau sekadar peminat tegar edisi terhad, jangan buang masa, kerana hanya 18 unit sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.


Angka 18 ini bukan sekadar nombor, tetapi simbolik kepada motif "118" yang membawa maksud kemakmuran dan permulaan baharu yang tuah bagi masyarakat Cina. Setiap unit dilengkapi dengan plak nombor "1-of-18" pada ambang pintu sebagai bukti tahap eksklusif model ini. 


Juga Menarik: BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K


Apa Yang Menarik Dari Segi Rekaan Edisi 'Fiery Stallion' Ini?


06.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg07.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg08.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg09.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg


Edisi ini tampil dengan tema warna yang diilhamkan daripada dunia sukan permotoran untuk nampak lebih garang:

  • Warna Merah Membara: Luaran diserikan dengan warna merah garang atau Fiery Red yang dikontraskan dengan bumbung berwarna perak Vibrant Silver.
  • Logo Eksklusif: Emblem khas pada gril hadapan menampilkan lambang kuda jantan (stallion) yang berani.
  • Pelekat Khas: Terdapat pelekat berbentuk kuda api atau Fire Horse pada bahagian pintu dan berbentuk ladam kuda pada penutup tangki minyak.
  • Aksesori Lain: Pemilik juga akan menerima kunci kereta khas yang diukir dengan siluet kuda yang sama.

Adakah Terdapat Perubahan Pada Prestasi Enjin?


11.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg


Dari segi mekanikal, tiada perubahan dilakukan. Ia masih mengekalkan enjin yang sama seperti varian Countryman S ALL4 standard:

  • Enjin: 2.0 liter 4 silinder Turbo Petrol.
  • Kuasa: 204 hp dan tork 300 Nm.
  • Transmisi: Automatik 7 kelajuan DCT.
  • Prestasi: Pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 228 km/j.

Juga Menarik: BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia


Berapakah Untuk Dibayar Untuk Memiliki Edisi Terhad Ini?


05.-MINI-Countryman-S-Fiery-Stallion-Edition.jpg


Sesuai dengan status eksklusifnya, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition ini ditawarkan pada harga bersama waranti berikut: 

  • Harga: RM260,888.
  • Pakej Waranti & Servis: Harga akan menjadi RM271,888 sekiranya anda memilih pelan MINI Extended Warranty and Service Package untuk ketenangan fikiran jangka masa panjang.

Tag:

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Malaysia
Harga MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Malaysia Edisi Terhad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Kereta Baru

Edisi Khas 'Tahun Kuda': MINI Countryman S Fiery Stallion Kini Di Malaysia, Hanya 18 Unit

BMW Group Malaysia turut mengejutkan peminat automotif dengan pelancaran model edisi terhad yang disematkan pelbagai ciri eksklusif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition 2026.

16-01-2026
Kereta Baru

Kia Carnival Facelift 2026 Dilancarkan, Versi CKD, Ada 2 Varian, Harga Bermula - RM188,888

Kia Sales Malaysia (KSM) telah melancarkan Kia Carnival’ versi facelift 2026, petang tadi.

15-01-2026