Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Promosi Rapid On-Demand Tamat, Bukan RM1 Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan struktur tambang  daripada fasa promosi RM1 kepada RM2, bermula 1 Februari ini.

Ketua Jabatan Perancangan dan Strategi Prasarana Malaysia Berhad Sharul Azwa Abd Rani berkata kadar tambang baharu itu turut melibatkan pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga.

"Kadar semasa sebenarnya adalah tambang promosi RM1... jadi, tambang promosi ini akan berakhir seiring dengan tempoh POC (Pembuktian Konsep)... bermula 1 Feb 2026, tambang tetap akan dilaksanakan," katanya pada sesi taklimat media mengenai kemas kini perkhidmatan ROD di Menara Prasarana di sini hari ini.

Beliau berkata Prasarana Malaysia Berhad merancang menambah sebanyak 300 unit van elektrik (EV) ke dalam sistem perkhidmatan ROD secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga penghujung tahun 2028 bagi memperluas liputan dan memperkukuh operasi perkhidmatan itu.

image.png

Sharul Azwa berkata daripada jumlah itu, sebanyak 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang manakala 170 lagi di Pulau Pinang selari dengan perancangan penambahan zon operasi masing-masing.

"Di Lembah Klang, penambahan melibatkan 22 zon baharu manakala di Pulau Pinang sebanyak 23 zon akan ditambah," katanya pada sesi taklimat media itu.

Beliau berkata setakat ini, perkhidmatan ROD merangkumi keseluruhan 82 zon, dengan 71 zon beroperasi di Lembah Klang serta 11 zon di Pulau Pinang, dan Prasarana turut memberi perhatian terhadap keperluan golongan kurang upaya dalam penambahbaikan perkhidmatan itu termasuk dari segi ciri operasi serta perancangan masa hadapan.

-- BERNAMA

Gallery

Tag:

Rapid On-Demand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026