Link Copiedcheck_circle
EV

IKM Besut Terajui Pendidikan EV: Pengecas JomCharge Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

617135715_1485341266925661_682386483477852644_n.jpg


Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut kini bukan sekadar pusat latihan kemahiran biasa, malah telah mengukuhkan posisinya sebagai hab teknologi hijau di Pantai Timur. Dengan pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) pertama di kampus TVET MARA Terengganu, IKM Besut kini selangkah di hadapan dalam memacu ekosistem mobiliti mampan.


Di Manakah Lokasi Pengecas EV Pertama IKM Ini?


617601165_1485343006925487_8649820107432520083_n.jpg619318558_1485341823592272_562367412355741068_n.jpg


Stesen pengecasan tunggal unit ABB AC ini terletak strategik di dalam kampus IKM Besut. Menariknya, kemudahan yang dioperasikan oleh JomCharge ini bukan sahaja untuk kegunaan warga institut, malah dibuka kepada orang awam.


Pengarah MARA Terengganu, Mohd Farris Radzuan, menjelaskan bahawa inisiatif ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemilik EV di daerah Besut serta pemandu dari luar yang sedang dalam perjalanan jauh merentasi negeri.


Bagaimana Cara Guna Dan Bayaran Pengecas Ini?


618061319_1485342990258822_1882181746947175074_n.jpg618391888_1485342230258898_122145870260757516_n.jpg


Sama seperti kebanyakan stesen pengecasan moden, pengguna hanya perlu melakukan imbasan kod QR yang terpapar di stesen tersebut. Urusan pengaktifan dan pembayaran dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui aplikasi, menjadikannya proses yang sangat pantas tanpa memerlukan bayaran tunai.


Apakah Kereta EV Yang Digunakan Untuk Latihan Pelajar?


Bagi menyokong silibus automotif masa hadapan, IKM Besut menerima dua unit kenderaan elektrik iaitu BYD Atto 3 dan Proton e.MAS 7 (di bawah Program Rasionalisasi TVET Zon Timur, KKDW).


Kedua-dua jentera ini akan menjadi bahan latihan amali bagi pelajar Diploma Teknologi Automotif. Ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan praktikal aplikasi sistem EV sebenar, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir yang relevan dengan kehendak industri automotif global.


Bilakah Pusat Kecemerlangan EV IKM Besut Akan Siap?


Menurut Mohd Farris, sasaran besar IKM Besut adakah untuk menjadi pusat rujukan teknologi baharu termasuk elektrifikasi dan tenaga lestari. Modul pembelajaran sedia ada sudah pun merangkumi kenderaan hibrid dan elektrik.


Namun, perancangan lebih besar sedang dirangka iaitu penubuhan Pusat EV khas yang dijangka beroperasi sepenuhnya sebaik sahaja bangunan akademik baharu siap dibina menjelang akhir tahun 2027.


Adakah Stesen Ini Sudah Tersedia Di Aplikasi JomCharge?


Setakat laporan ini diterbitkan, stesen pengecasan tersebut sedang dalam fasa akhir penyelarasan teknikal dan dijangka akan dipaparkan dalam aplikasi JomCharge serta platform PlugShare dalam masa terdekat bagi memudahkan carian navigasi pengguna jalan raya.

Tag:

EV Terengganu
Pengecas EV Terengganu
IKM Besut
Hab Pendidikan EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Pengecas DC 150 kW Gentari Kini di Stesen NGV Petronas Kerteh, Terengganu

Gentari, dengan kerjasama JomCharge, kini telah mengaktifkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbaru di bekas stesen NGV Petronas di Rantau, Kerteh, Terengganu.

11-10-2024

Berita Terkini

EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026