Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-4.jpg


Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5. SUV segmen B yang tampil dengan gaya ranggi ini kini dibuka untuk tempahan. 


Sejauh Mana Pencapaian O&J Malaysia Sepanjang 2025?


image---2026-01-12T135032.866.jpg


O&J Malaysia bukan lagi jenama "setahun jagung". Sejak memasuki pasaran pada 2024, mereka telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat agresif.


Pada 2025, jualan melompat sebanyak 153% kepada 17,849 unit berbanding hanya 7,000 unit pada tahun sebelumnya.


Jaecoo J7 kekal sebagai model terlaris, sementara J7 PHEV sudah pun memiliki lebih 3,000 pemilik di seluruh negara.


Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, O&J kini telah beralih daripada "pendatang baharu" kepada jenama yang dipercayai oleh pemandu Malaysia.


Model Apakah Yang Bakal Tergugat Dengan Kemunculan J5?


Dengan anggaran harga bermula RM120,000, Jaecoo J5 merupakan model paling mampu milik dalam barisan produk Jaecoo.


Dengan panjang 4,380 mm dan jarak roda 2,620 mm, J5 diletakkan tepat dalam radar pencabar Honda HR-V, Proton X50 dan juga ‘sepupunya’, Chery Tiggo Cross. 


Bagaimana Dengan Spesifikasi Enjin Jaecoo J5?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-22.jpg


Walaupun pasaran Indonesia menerima versi elektrik sepenuhnya (EV), untuk peringkat awal di Malaysia, J5 hanya akan ditawarkan dalam versi petrol sahaja.


Model ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik CVT. 


Untuk suspensi, J5 menggunakan sistem multi-link di bahagian belakang, satu ciri yang jarang ditawarkan pada SUV segmen B yang biasanya menggunakan torsion beam. Sudut depan pula menggunakan sistem MacPherson strut. 


Juga Menarik: Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?


Adakah Reka Bentuknya Sekacak Jaecoo J7?


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-7.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-14.jpg


Ya, Jaecoo J5 mengekalkan DNA berkotak atau boxy yang tegap seperti abangnya, J7. Walaupun ia menggunakan pemegang pintu konvensional (bukan jenis terbenam), rupa parasnya tetap nampak premium dan maskulin.


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-23.jpg

Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-18.jpgCaricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-20.jpg


Di bahagian dalam, kabinnya sarat dengan teknologi yang termasuk unit infotainmen bersaiz 13.2 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Sementara itu, panel instrumen yang digunakan berukuran 8 inci. 


Untuk kemasan, model ini menggunakan material kulit sintetik yang mempunyai ciri anti-bakteria dan tahan calar, sangat praktikal untuk kegunaan harian.


Caricarz-MBA-Omoda-C9-PHEV-Preview-12.jpg


Dari segi praktikaliti, J5 menawarkan ruang but seluas 480 liter dan boleh dibesarkan sehingga 1,180 liter jika tempat duduk belakang dilipat.


Sejauh Mana Tahap Keselamatan ADAS Jaecoo J5?


O&J tidak lokek dalam aspek keselamatan. Jaecoo J5 dilengkapi dengan pakej ADAS lengkap yang menyokong pemanduan separa autonomi Tahap 2.5. Ini meletakkannya setaraf dengan SUV yang jauh lebih mahal.


Adakah Jaecoo J5 Berbaloi Untuk Dinantikan?


Menurut Chris Tan, Pengarah Kanan O&J Malaysia, J5 direka untuk melengkapkan gaya hidup moden rakyat Malaysia yang mahukan gabungan teknologi, keselamatan dan praktikaliti.


Jika harga rasmi kekal kompetitif seperti yang dianggarkan, Jaecoo J5 pasti mampu membuat jenama lain ‘sakit kepala’ untuk cuba bersaing.

Tag:

Jaecoo
Omoda & Jaecoo
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia
Jaecoo J5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

14-08-2025
Berita Auto

21-03-2025
Berita Auto

17-02-2025
Kereta Baru

06-02-2025
Berita Auto

03-02-2025
Berita Auto

17-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Kereta Baru

24-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026