Link Copiedcheck_circle
Global

Proton e.MAS 7 Kategori A Masuk Singapura

Suhana Veru

Kongsi melalui

Singapore-marks-next-phase-of-PROTON’s-export-led-EV-expansion.jpg

PROTON memulakan tahun 2026 dengan memperkukuh strategi eksportnya menerusi pengenalan varian 100kW Proton e.MAS 7 di Singapore Motorshow, baru-baru ini.

Selepas kembali ke Singapura pada 2025, PROTON meneruskan momentum dengan memperluaskan barisan model e.MAS. 

Sambutan kukuh terhadap e.MAS 7 varian 160kW telah membuka laluan kepada pengenalan varian baharu yang disesuaikan dengan keperluan peraturan tempatan, sekali gus menandakan fasa seterusnya dalam strategi pengembangan pasaran serta peluasan EV berasaskan eksport PROTON.

PROTON-introduce-a-100kW-variant-of-the-Proton-e.MAS-7-at-the-Singapore-Motorshow,-expanding-its-electric-vehicle-line-up-less-than-six--months-after-the-brand’s-return-to-the-market.jpeg

Direka khusus untuk pasaran luar negara, varian Proton e.MAS 7 100kW membolehkan model ini mematuhi peraturan COE Kategori A di Singapura, seterusnya membolehkan ia ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan kelebihan utama dari segi prestasi, keselamatan dan kebolehgunaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation.Edmund Lim Meng Thong,“Pengenalan varian 100kW untuk pasaran eksport membuktikan kesediaan serta keupayaan PROTON menyesuaikan diri dengan keperluan peraturan tempatan dan permintaan pasaran.

"Pada masa hadapan, varian ini akan diperluaskan ke pasaran lain sekiranya terdapat keperluan. Bagi tahun 2026, kami merancang untuk meningkatkan jualan eksport dengan mengukuhkan kehadiran di pasaran sedia ada, meneroka negara baharu, serta memperkenalkan barisan model ICE dan EV PROTON terkini,” katanya.

Proton e.MAS 7 menggabungkan kekuatan teras dalam reka bentuk, prestasi, keselamatan serta teknologi pintar,disokong oleh rangkaian 3S dan 4S yang komprehensif bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan yang baharu beralih kepada kenderaan elektrik.

Dengan pencapaian skor ASEAN NCAP sebanyak 92.57 mata, tertinggi dalam segmennya, model ini telah membina kredibiliti yang mengukuhkan jenama e.MAS dan membuka laluan kepadapengenalan model-model akan datang seperti Proton e.MAS 5.

Sambutan positif terhadap jenama e.MAS di Malaysia mengesahkan kekuatan produk kami dan memberikan keyakinan bahawa Proton e.MAS 7 mampu menerajui pengembangan PROTON di pasaran luar negara pada tahun 2025.

Dengan sejumlah 6,000 unit dieksport tahun lalu, jualan eksport terus menunjukkan pertumbuhan yang ketara, dan walaupun Proton e.MAS 7 merupakan model ketiga paling popular, kehadirannya dalam barisan produk telah membuka jalan untuk kembali ke pasaran seperti Singapura, di mana EV mempunyai kelebihan kos yang signifikan berbanding model enjin pembakaran dalaman.

Varian Proton e.MAS 7 100kW yang dipamerkan di Singapore Motorshow membolehkan pelanggan yang membuat tempahan sepanjang pameran tersebut layak menerima rebat pengenalan khas sebanyak 6,000 dolar Singapura (RM19,000).


Tag:

e.mas 7 coe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026