Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Jadi Tumpuan di KL Car-Free Morning Esok!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, akan mempamerkan Proton e.MAS 7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) serba baharu di DBKL Run & KL Car-Free Morning, esok.

PHEV-DBKLjpg.jpeg

Dengan komitmen yang tinggi dalam memperkenalkan teknologi elektrifikasi terkini kepada rakyat Malaysia, PRO-NET membawa Proton e.MAS 7 PHEV keluar dari bilik pameran bagi membolehkan orang ramai melihat dan berinteraksi secara langsung dengan kenderaan e.MAS yang bakal dilancarkan, meneroka ciri-ciri inovatif, serta merasai sendiri praktikaliti, kecekapan dan kelestarian pemanduan dwi-kuasa.

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET ,Salawati Yusoff berkata, di PRO-NET, visi jenama adalah bagaimana kenderaan Proton e.MAS boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

image.png

“Dengan membawa Proton e.MAS 7 PHEV terus ke acara komuniti seperti KL Car-Free Morning, kami menjemput orang ramai untuk melihat sendiri teknologi terkini e.MAS 7 PHEV dan merasai bagaimana EV Dwi-Kuasa pertama Malaysia ini menjadikan pemanduan jarak dekat lebih lestari dan pemanduan jarak jauh lebih efisien," katanya.

Bagi yang berminat,  Proton e.MAS 7 PHEV boleh ditempah  secaralangsung di acara tersebut bersama pengedar rasmi PRO-NET.

Proton e.MAS 7 PHEV masih belum dilancarkan namun tempahan model tersebut sudah pun dibuka pada 13 Januari lalu. Ia akan dijual sekitar  RM110,000 hingga RM130,000

Selain itu, yuran tempahan cuma  RM99 di mana tempahan boleh di buat mana-mana bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara.

Layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 7 PHEV.

Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7 phev
KL Car-Free Morning
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026