Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM100,000-RM130,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan pihaknya sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, Proton e.MAS 7 PHEV, sebentar tadi. Model ini akan dilancarkan pada Februari nanti.

Harga anggaran Proton e.MAS 7 PHEV adalah sekitar RM100,000 hingga RM130,000. Ia ditawarkan dalam tiga varian Proton, Prime,Premium.

image.png

Premium Plus.Tempahan kini boleh dibuat di semua pengedar sah Proton e.MAS di seluruh negara dengan yuran tempahan serendah RM99.

Apa yang menarik, PRO-NET turut mengumumkan ganjaran istimewa tempahan awal untuk 5,000 pelanggan terawal, iaitu rebat yuran tempahan eksklusif sebanyak RM500.

image.png



Model ini menandakan langkah penting buat PROTON dengan pengenalan model sulungnya Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), sekali gus menjadikannya Kenderaan Elektrik Dwi-Kuasa pertama di pasaran Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Proton e.MAS 7 PHEV ialah sebuah pencapaian penting bagi Proton e.MAS apabila pihaknya membuka tawaran dari kereta EV sepenuhnya kepada teknologi hibrid plug-in. 

Ia direka untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati pemanduan elektrik setiap hari tanpa risau tentang perjalanan jauh.” 

“Dengan membuka tempahan selepas pemanduan jarak jauh, kami membuktikan bahawa e.MAS 7 PHEV direka untuk memenuhi keperluan pemanduan sebenar rakyat Malaysia," katanya.

Sebelum pengumuman hari ini, Proton dan PRO-NET telah menjemput pihak media tempatan untuk melihat Proton e.MAS 7 PHEV 2026.

Secara ringkasnya, model ini merupakan versi penjenamaan semula Proton bagi Geely Galaxy Starship 7 PHEV yang kini dipasarkan di China.

Dari segi mekanikal, ketiga-tiga varian berkongsi konfigurasi yang sama, menggabungkan enjin petrol Dedicated Hybrid Engine (DHE) 1.5 liter 4-silinder, motor elektrik dan sistem bateri, serta Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 11-dalam-1.

image.pngimage.png

Secara keseluruhan, rangkaian kuasa ini menghasilkan output gabungan 193 kW (259 PS) dan 262 Nm yang memacu roda hadapan, yang mana ia mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 8 saat (Prime dan Premium) dan 8.2 saat (Premium+), sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan kepada 170 km/j.

image.pngimage.png

Terdapat dua pilihan kapasiti bateri LFP — 18.4 kWh untuk varian Prime dan Premium, serta pek lebih besar 29.8 kWh untuk varian Premium+. Bateri lebih kecil menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 105 km, jarak gabungan petrol-elektrik sehingga 1,000 km, serta penggunaan bahan api serendah 4.3 liter/100 km, semuanya dinilai mengikut piawaian NEDC.

Sebaliknya, bateri berkapasiti lebih besar memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya yang lebih panjang sehingga 170 km dan jarak gabungan sehingga 1,065 km.

Namun, disebabkan berat kosong yang sedikit lebih tinggi, varian tertinggi ini mencatat penggunaan bahan api yang sedikit lebih tinggi iaitu 4.4 liter/100 km.

image.png

Dari segi pengecasan, semua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW sebagai standard. Varian Prime dan Premium turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 30 kW, membolehkan pengecasan 30–80% diselesaikan dalam masa kurang 20 minit.

Varian Premium+ pula menggandakan kadar tersebut kepada 60 kW, membolehkan pengecasan 30–80% dicapai dalam masa kurang 16 minit.

Selain perbezaan bateri, spesifikasi turut berbeza mengikut varian. Seperti dijangka, varian Premium dan Premium+ yang berada di puncak penawaran hadir dengan kelengkapan yang lebih menyeluruh. Perincian bagi ketiga-tiga varian boleh dilihat seperti di bawah.

image.png


image.png

image.png



Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7 phev
Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Berita Auto

26-01-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Kereta Baru

11-01-2026
Global
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025
Berita Auto

25-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru