Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui
  1. image.png

Sejak Proton X70 facelift dilancarkan pada Ogos lalu, nampaknya model itu bersedia untuk menerima satu lagi naik taraf, dengan versi terbaharu yang dinamakan sebagai Proton X70 MC3 2026 yang mana ia akan dilancarkan secara rasminya pada 8 Januari 2026.

Untuk perubahan model ketiga (MC3) kali ini,, Proton dilihat mengesahkan bahawa X70 MC3 2026 akan disumbat dengan enjin 1.5 liter 4-silinder turbo i-GT dimana enjin ini turut yang sama digunakan pada X50 facelift.

Dikenali dengan kod BHE15-EFZ, enjin yang dibangunkan oleh Geely ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 181 PS dan 290 Nm, menjadikannya 4 PS dan 35 Nm lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter 3-silinder turbo TGDi yang digunakan pada X70 ketika ini.

image.png

Pada masa yang sama, prestasinya juga sama sahaja dengan enjin asal 1.8 liter 4-silinder yang digunakan pada versi pra-facelift.

image.png

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam teaser yang disiarkan, kita boleh mengandaikan bahawa enjin i-GT pada X70 yang dikemas kini ini juga akan dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan serta konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD), sama seperti X50 facelift, memandangkan varian pacuan semua roda (AWD) telah dihentikan pada versi facelift sebelum ini.

Selain rangkaian kuasa baharu, tidak banyak butiran lain yang dikongsi mengenai X70 MC3 ini. Namun, memandangkan model tersebut baru sahaja menerima facelift, maka dijangkan tiada sebarang perubahan besar pada aspek lain untuk model kali ini.

image.pngimage.png

Untuk makluman, Proton X70 facelift 2025 kini ditawarkan dalam empat varian, dengan harga bermula RM98,800 bagi varian asas Standard, RM110,800 untuk Executive, RM123,800 (Premium), dan RM126,800 bagi varian tertinggi Premium X.

Memandangkan model MC3 yang akan datang ini menampilkan rangkaian kuasa yang baharu, apa pula pandangan anda mengenai harga?


Gallery

Tag:

Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto

06-05-2025
Teknologi

16-10-2024
Kereta Baru

15-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026