Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngChery Rely P3X.

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat  tahun ini, lapor laman berita automotif, CarNewsChina.

Model ini menggunakan kod nama KP31. Sebelum ini, model tersebut telah diperkenalkan di China dengan nama Rely P3X. Ia dilengkapi enjin pembakaran dalaman (ICE) 2.5 liter dan mempunyai kapasiti muatan 1 tan.

Seperti mana diketahui umum, Chery kini giat meneroka segmen trak pikap memandangkan pada tahun lalu, Chery melancarkan Rely R08 di pasaran domestik dengan harga permulaan 88,800 yuan (RM50,500).

Model ini kemudiannya memasuki pasaran luar negara seperti  Amerika Latin dan Timur Tengah. Di sesetengah negara, trak ini dikenali sebagai Chery Himla.

Chery turut mendedahkan hasratnya untuk menjadikan Rely sebagai jenama bebas dalam rangkaian model trak pikap. Untuk itu, Rely R08, Rely R08 Pro dan Rely R08 EV telah pun menyertai barisan produk tersebut. 

Tahun lalu, Chery memperkenalkan dua kereta konsep yang bakal menjadi sebahagian daripada jenama Rely, iaitu P2X dan P3X.

image.png

Terbaharu, pihak Chery mengumumkan bahawa Rely P3X akan memasuki pasaran Australia di bawah jenama Chery pada tahun ini.

Chery KP31 (Rely P3X)  telah diperkenalkan di Australia sebagai kereta konsep. Ia  akan mula dijual di pasaran tempatan pada suku keempat 2026. Model ini juga dikenali dengan kod nama KP31. Tahun lalu, Chery Commercial Vehicle (Shandong) telah mengeluarkan tender bagi peralatan pemasangan akhir model ini.

image.pngRuang but P3X.

Kereta konsep Chery KP31 mendedahkan ia dilengkapi dengan  kabin berkembar bersaiz besar dengan panjang 5,610 mm, reka bentuk berkotak, lampu hadapan  jenis bulat, bampar besar dan kemasan plastik di sekeliling badan. 

Sekilas pandang, ia kelihatan seperti Jeep Gladiator yang sedikit  membulat. KP31 menggunakan tayar BF Goodrich AT, cermin sisi bersaiz besar, pemegang pintu tradisional serta lencana Chery bercahaya yang besar.

image.pngPlatform KP31.

Kenderaan ini didakwa sebagai trak pikap pertama di dunia yang menggunakan rangkaian kuasa PHEV diesel. Ia dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman 2.5 liter dengan kecekapan terma setinggi 47%.

Bagaimanapun tiada maklumat terperinci mengenai komponen elektrik rangkaian kuasa Chery KP31. Namun, platform diesel-PHEV KP31 sebelum ini telah dipamerkan di China dengan sistem pacuan empat roda (4WD) manakala  pek bateri  dipasang di bahagian belakang.

Pengeluar automotif China itu menjanjikan bahawa  PHEV diesel ini akan menawarkan kapasiti muatan 1 tan dan keupayaan menunda sehingga 3.5 tan. Ia dilaporkan memberi tumpuan kepada pemanduan lebuh raya, dengan getaran 30% lebih rendah dan penggunaan bahan api 10% lebih rendah. Spesifikasi penuh Chery KP31 (Rely P3X) masih belum diumumkan.

Ute Chery ini akan memasuki segmen pasaran Australia yang agak sesak. Ia akan bersaing dengan model kukuh seperti BYD Shark 6 dan GWM Cannon Alpha Hi4 (Shanhai Poer).

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Wuhu itu menyasarkan untuk menarik pelanggan melalui sistem hibrid plug-in berkuasa diesel. Pada tahun 2027, varian baharu dengan sistem PHEV berkuasa petrol turut akan memasuki pasaran Australia.

image.png

Chery Rely P3X kelihatan garang.

Apapun trak pikap Chery ini akan memasuki segmen pasaran Australia dimana  Ia akan bersaing dengan model seperti BYD Shark 6 dan GWM Cannon Alpha Hi4 (Shanhai Poer).

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Wuhu itu turut menyasarkan untuk menarik pelanggan melalui sistem hibrid plug-in berkuasa diesel. Pada tahun 2027, varian baharu dengan sistem PHEV berkuasa petrol turut akan memasuki pasaran Australia.

Gallery

Tag:

KP31
Chery KP31
P3X
Chery Rely P3X
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026