- Berita
- Kereta Baru
- Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
![]()
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
Berapakah Anggaran Harga Jualan Jaecoo J5?
Jaecoo J5 dianggarkan akan dijual pada harga RM110,000, iaitu RM10,000 lebih rendah berbanding jangkaan asal, RM120,000.

Bagi mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi, di samping harga sekitar RM110,000 tersebut, Jaecoo turut menawarkan pakej "Super Early Bird" bernilai RM8,888 yang merangkumi:
- Rebat Angpow: RM3,888.
- Insurans Percuma: Tahun pertama bernilai RM3,000.
- Pakej Aksesori Eksklusif: Subwoofer, mikrofon karaoke tanpa wayar dan lampu suluh pelbagai guna (secara keseluruhannya bernilai RM2,000).
Apakah Spesifikasi Enjin Jaecoo J5 Untuk Pasaran Malaysia?
Berbeza dengan Indonesia dan Thailand yang menerima versi elektrik (EV), Malaysia mendapat versi enjin petrol sepenuhnya (ICE). Di bawah bonetnya terletak nadi 1.5 liter turbo 4 silinder yang menghasilkan kuasa 147 PS dan tork 210 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi CVT.
Bagaimana Pula Dengan Rekaannya?

Dari segi saiz, Jaecoo J5 mempunyai dimensi yang hampir menyamai Honda HR-V. Dengan ukuran panjang 4,380 mm dan jarak roda 2,620 mm, J5 sebenarnya 70 mm lebih lebar dan 60 mm lebih tinggi berbanding pencabarnya dari Jepun itu.
Bentuknya pula, sama gah dengan ‘abangnya’ Jaecoo J7, dengan sentuhan boxy atau kotak yang tegap.
Untuk keselesaan pemanduan, ia menggunakan rim 18 inci serta sistem suspensi multi-link di bahagian belakang. Sistem suspensi ini menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih stabil berbanding sistem torsion beam.
Apakah Yang Menarik Dengan Ruang Kabin Jaecoo J5?
Kabinnya menggunakan material yang mendapat pengiktirafan TÜV sebagai mesra haiwan peliharaan. Ruang dalaman dilengkapi kulit sintetik anti-bakteria dan tahan calar, malah pemilik boleh menambah aksesori seperti jaring dan sangkar khas.



Antara ciri menarik lain adalah seperti berikut:
- Skrin Infotainmen: 13.2-inci (jenis potret) dengan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar.
- Keselesaan: Kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan dan bumbung kaca panoramik.
- Praktikaliti: Ruang but sebesar 480 liter yang boleh diperluaskan sehingga 1,280 liter.
Sejauh Mana Tahap Keselamatan ADAS Yang Ditawarkan?
Jaecoo J5 sarat dengan teknologi bantuan pemanduan (ADAS) yang merangkumi:
- Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi Stop & Go.
- Autonomous Emergency Braking (AEB) & Amaran Titik Buta.
- Curve Speed Assist & bantuan stereng mengelak kecemasan.
- Kamera 360-darjah dengan paparan lutsinar
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv


