Link Copiedcheck_circle
EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,026 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari  lepas.

Ini merupakan jumlah penghantaran bulanan tertinggi bagi satu model yang pernah dicatatkan oleh PRO-NET. Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan.

image.png

Proton e.MAS di Malaysia selepas tahun 2025 yang cemerlang dengan 9,549 kenderaan terjual direkodkan, bersamaan enam peratus daripada jualan tahunan PROTON dan 22 peratus bahagian pasaran EV negara.

Dilancarkan pada 30 Oktober 2025, Proton e.MAS 5 diperkenalkan sebagai EV Mampu Milik Pertama di Malaysia, direka untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. 

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sejak pjelancarannya, Proton e.MAS 5 menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia, melebihi apa dijangkakan.

"Menjual lebih 3,000 unit dalam sebulan adalah bukti kekuatan produk dan keyakinan kami kepada rakyat terhadap masa depan EV di Malaysia. Kami amat menghargai kepercayaan semua pelanggan dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa rebat harga pelancaran RM3,000 akan terus ditawarkan,” katanya.

Bukan hanya sekadar kenderaan mampu milik, Proton e.MAS 5 menawarkan pengalaman pemanduan elektrik yang lengkap untuk rakyat Malaysia. Dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 325 km dan sokongan pengecasan pantas DC, ia menjadikan perjalanan harian di bandar ataupun percutian hujung minggu lebih praktikal.

Ia hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti  skrin FHD 14.6 inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, arahan suara dwibahasa dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, aplikasi Proton e.MAS serta Peta Pengecasan Langsung dan banyak lagi.

Jika berminat, anda boleh menempah  Proton e.MAS 5 dengan RM99 dan mendaftar minat di laman web Proton e.MAS atau kunjungi mana-mana 48 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara. 


Layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 5.





Gallery

Tag:

Proton eMAS 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026