- Berita
- Global
- Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’. Apa yang mengejutkan, reka bentuk SUV kompak ini nampaknya hampir tidak tumpah seperti ‘abangnya’ yang lebih besar.
Menerusi foto yang diambil ketika model ini sedang menempuhi ujian musim sejuk, jelas terlihat bahawa Mercedes-Benz tidak ‘berniat' untuk menghilangkan’ DNA off-road G-Class walaupun saiznya ‘dikecutkan’ sedikit.
Tahun lalu, Mercedes-Benz pernah mengesahkan bahawa ‘mini G’ ini akan menggunakan casis miniature ladder-frame. Ini bermakna ia akan mengekalkan pembinaan body-on-frame seperti G-Class sebenar, bukan sekadar platform kereta penumpang biasa.


Walaupun Mercedes mempunyai platform modular yang fleksibel, keputusan menggunakan struktur ladder-frame ini membuktikan bahawa jentera ini dibina untuk kekal 'mengganas' di laluan lasak.
Pilihan Enjin Elektrik Atau Petrol?
Walaupun imej intipan menunjukkan gril tertutup yang menjadi petunjuk kepada versi elektrik (EV), Mercedes-Benz mungkin mengubah ‘fikirannya’.
Memandangkan sambutan terhadap model EV G580 with EQ Technology agak hambar, Mercedes-Benz mungkin akan menukar pelan asal 'baby G' daripada model elektrik sahaja kepada penawaran yang lebih fleksibel, termasuklah versi hibrid dan diesel, lapor Motor1.
Sejauh Mana Persamaan Reka Bentuknya Dengan G-Class Asal?
Dari jauh, mungkin ramai yang akan tersilap pandang dan menyangka ini model G-Class standard kerana bentuk kotak dan garis badannya yang sama tegap, lengkungan roda yang menonjol ke luar serta lampu hadapan yang bulat.
Sama seperti model elektrik G580 EQ, 'baby G' ini dikesan membawa bekas simpanan berbentuk segi empat tepat pada pintu but belakang, menggantikan tayar simpanan bulat yang biasanya ada pada G-Class petrol. Bagaimanapun, ruang dalamannya masih dirahsiakan.
Bilakah Tarikh Pelancaran Rasminya?
Sebelum ini ia dijadualkan untuk pelancaran pada 2026, namun disebabkan perubahan dalam aspek teknologi trenkuasa, pelancaran ‘baby G’ ditunda kepada tahun 2027.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv



