Link Copiedcheck_circle
Global

Kelibat SUV Gah XPeng G02 Mula 'Menghantui' Jalan Raya China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

xpeng-g02-4.png


SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)


Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, XPeng, dikesan sedang giat menguji model SUV terbarunya yang diberi kod nama G02. Walaupun masih diselubungi pelekat samaran, aura gah SUV ini masih terserlah, mana tidaknya, model ini dikatakan sebagai “Range Rover Sport China”. 


Apakah Yang Menarik Dengan Rekaannya?


xpeng-g02-4.pngxpeng-g02-3.jpg


SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)


XPeng G02 diposisikan sebagai ‘adik’ kepada model andalan atau flagship XPeng GX yang pernah didedahkan sebelum ini. Jika GX adalah versi bersaiz penuh, G02 pula dianggarkan memiliki saiz badan lebih kecil dengan konfigurasi 5 tempat duduk. 


Xpeng-GX-EREV-SUV-China-2.jpg


XPeng GX


Di sebalik corak yang cuba menutup rekaan sebenar model ini, beberapa perincian masih dapat dilihat:

  • Sudut Depan: Menggunakan rekaan lampu utama di bahagian bawah bampar, mirip model GX.
  • Gaya Aerodinamik: Garis bumbung yang sedikit melandai, pemegang pintu jenis rata pada badan dan spoiler pada bahagian bumbung belakang. 
  • Sistem Kamera: Tiada lagi sensor LiDAR di atas bumbung! XPeng nampaknya beralih kepada sistem berasaskan kamera sepenuhnya.

xpeng-g02-5.png


SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)


Berapakah Anggaran Harga XPeng G02 ini?


Menurut laporan CarNewsChina, SUV mewah ini dijangka akan dijual pada julat harga antara CNY 300,000 hingga 400,000 atau sekitar RM180,000 hingga RM250,000 di pasaran China. 


Persoalannya, adakah XPeng akan membawa masuk model ini ke Malaysia memandangkan jenama ini sudah pun bertapak di sini? Sama-sama kita nantikan. 

Juga Menarik: Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Tag:

XPeng Uji Model
XPeng G02
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026