- Berita
- Gaya Hidup
- “March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar

BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.
Menerusi acara ini, pelbagai model ditawarkan:
Antaranya ialah BMW 218 Gran Coupé Sport, yang kini didatangkan dengan BMW Iconic Glow Kidney Grille secara percuma sebagai ciri standard.
Model elegan ini ditawarkan dengan kadar faedah yang rendah bermula daripada hanya 0.81 peratus untuk tempoh pembiayaan hingga sembilan tahun, dengan ansuran bulanan bermula serendah RM1,688 melalui BMW Financial Services.
Tawaran ini turut merangkumi pakej Servis & Pembaikan Inklusif BMW percuma selama empat tahun. Unit adalah terhad bagi kempen istimewa ini, dari sekarang hingga 31 Mac.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati keistimewaan pemilikan yang hebat serta kadar faedah menarik serendah 1.68 peratus menerusi pelan pembiayaan BMW Straight Line, bagi model-model BMW terpilih.
Pelanggan turut ditawarkan Servis Inklusif BMW percuma selama enam tahun dan Pembaikan Inklusif BMW selama lima tahun bagi model BMW yang layak.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara jualan BMW March Into Joy, sila layari: http://bmw.com.my/en_MY/more-bmw/bmw-exclusive-offers/march-into-Joy-2026.html atau kunjungi Pengedar Sah BMW terdekat di https://www.bmw.com.my/en/fastlane/dealer-locator.html.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/