Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"

Suhana Veru

Kongsi melalui




Sebut sahaja nama "Proton Saga", pasti terbayang sebuah sedan yang tahan lasak dan mampu milik.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada beberapa komuniti automotif tanah air mula kecoh apabila ada desas-desus mengatakan ada kemungkinan wujudnya Proton Saga MPV.

Ini kerana lakaran digital Proton Saga MPV tular selepas pereka digital automotif, Theophilus Chin, tampil dengan lakaran MPV berasaskan Saga ini.

Tertera nama “Ersaga” digunakan pada plat nombor, dipercayai gabungan nama Ertiga dan Saga.

Persoalannya, adakah Proton sedang merancang satu lagi kejutan besar untuk pasaran kenderaan mampu milik (Entry-Level)?

Kenapa Saga MPV Jadi 'Mimpi Ngeri' Pesaing?

Pasaran MPV kompak di Malaysia kini didominasi oleh model-model seperti Perodua Alza. Namun, terdapat jurang besar untuk golongan keluarga muda yang mahukan kenderaan 7-tempat duduk pada harga "Rahmah" iaitu di bawah RM60,000.

Jika Proton menggunakan resipi Saga yang terkenal dengan pemanduan (Ride & Handling) yang mantap dan digabungkan dengan praktikaliti MPV, ia pasti akan menjadi "game changer" yang cukup besar.

Platform AMA: Kunci Rahsia Proton

Spekulasi ini bukan sekadar sembang kosong. Dengan pengenalan platform Advanced Modular Architecture (AMA) yang lebih fleksibel, Proton kini mempunyai keupayaan untuk membina pelbagai jenis badan kenderaan menggunakan satu platform yang sama.

image.png

Ini bermakna, menghasilkan sebuah MPV kompak berasaskan DNA Saga bukan lagi satu misi mustahil dari sudut kejuruteraan.

Apa Yang Peminat Mahukan?

Berdasarkan tinjauan di media sosial, ini adalah antara "wishlist" rakyat Malaysia jika Saga MPV benar-benar menjadi realiti:

  • Enjin 1.5L Lebih Berkuasa: Bagi menampung muatan 7 orang penumpang dengan selesa.
  • Ruang Dalaman Versatile: Kerusi baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat rata untuk ruang kargo maksimum.
  • Ciri Keselamatan Pintar: Pengenalan sistem ADAS asas bagi memastikan keselamatan keluarga terjamin.
  • Harga Mampu Milik: Kekal dengan identiti Saga sebagai kereta yang "tidak membebankan poket".

Status Semasa: Fakta atau Auta?

Setakat ini, semua ini cuma lakaran memandangkan fokus utama Protom  kini dilihat lebih terarah kepada peluasan rangkaian EV melalui e.MAS dan kemas kini model-model sedia ada.

Bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa Proton sering mendengar denyut nadi rakyat. Jika permintaan terhadap MPV mampu milik terus melonjak, tidak mustahil nama "Saga" akan sekali lagi menggegarkan industri dalam bentuk yang lebih besar dan luas!


Gallery

Tag:

Proton Saga
Proton Malaysia
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026