- Berita
- Berita Auto
- Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula
Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Pagi tadi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara urus niaga tukar hak milik menerusi talian disebabkan menerima aduan berhubung insiden pertukaran hak milik tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.
Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkenaan penangguhan sementara perkhidmatan dalam talian untuk urusan tukar hak milik seperti yang dilaporkan oleh media.
JPJ telah memaklumkan kepada MOT berkenaan penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik yang menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ. Justeru, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar yang segera.
Namun, saya telah menasihati JPJ supaya memastikan kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak menggangu urusan harian pengguna-pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat-pejabat JPJ," katanya menerusi hantaran Facebook.
Untuk itu, JPJ bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan online untuk urusan tersebut serta merta dan sebarang penangguhan sistem untuk kerja-kerja penambahbaikan hanya akan dilaksanakan semasa cuti panjang pada hujung minggu ini.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/