- Berita
- EV
- Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Peta pasaran kenderaan elektrik (EV) mewah di Malaysia nampaknya sudah berubah. Belum pun genap dua tahun bertapak di bumi Malaysia, Zeekr Intelligent Technology Malaysia secara rasmi memahat nama sebagai Jenama EV Premium No. 1 di Malaysia bagi tahun 2026 (setakat tahun ini/YTD)!
Bukan calang-calang saingan yang ditumbangkan, Zeekr berjaya memotong gergasi EV global seperti Tesla untuk mendominasi carta premium tempatan.
Angka Tidak Menipu: Kebangkitan Luar Biasa Zeekr
Berdasarkan data pendaftaran terbaharu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi April 2026, dominasi Zeekr bukan sekadar sembang kosong:

Pertempuran SUV: Zeekr 7X ‘Tapau’ Tesla Model Y?
Anjakan paling mengejutkan berlaku dalam segmen SUV elektrik premium. Zeekr 7X kini memegang gelaran SUV Elektrik Premium No. 1 di Malaysia.
Perbandingan pada April 2026 ini:
🏁 Zeekr 7X: 303 unit terjual
Tesla Model Y: 67 unit didaftarkan
Bagi prestasi keseluruhan 2026 (YTD), Zeekr 7X telah menyerahkan 999 unit kepada pemiliknya sejak Januari. Bagaimana dengan pesaing terdekatnya? Tesla Model Y sekadar mencatatkan 371 unit—iaitu hanya sepertiga daripada pencapaian Zeekr 7X!
Sementara itu, Zeekr 009 pula terus gah tanpa saingan sebagai MPV Elektrik Premium No. 1 di Malaysia dengan 51 unit terjual pada April (204 unit YTD).
Diiktiraf, Rangkaian Makin Luas
Kejayaan Zeekr bukan sahaja bersandarkan rupa paras, tetapi diiktiraf oleh pakar industri melalui lambakan anugerah berprestij:
Zeekr 7X: Merangkul gelaran "SUV of the Year (RM200k-RM500k)" di MCOTY 2025 dan "Electric SUV of the Year" di VOTY 2026.
Zeekr 009: King of MPV ini menyapu bersih anugerah besar termasuk "Overall Malaysia Car of the Year 2025", "Best xEV of the Year", dan "Best Premium EV MPV".
Bagi menyokong permintaan yang melonjak naik ini, Zeekr Malaysia kini sudah mengendalikan 10 bilik pameran dan empat pusat servis di seluruh negara untuk memastikan khidmat lepas jualan yang tiada tandingan.
Apa Kata Boss Besar?
Sementara itu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, berkata, pihaknya berbesar hati dengan sambutan hebat daripada pelanggan di Malaysia dan bangga kerana Zeekr kini muncul sebagai jenama EV premium No.1 di Malaysia.
"Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada Zeekr dan memperkukuh komitmen kami untuk membawa kenderaan elektrik premium ke Malaysia.
"Kami kekal fokus untuk meluaskan kehadiran kami di Malaysia bagi menawarkan EV 'tech-luxe' yang menggabungkan kemewahan kelas atasan dengan teknologi pintar termaju demi memenuhi keperluan pemandu Malaysia yang mementingkan kualiti," katanya.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.zeekrlife.com/en-my/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/