- Berita
- Kereta Baru
- KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Bagi peminat SUV tegar yang dah lama 'cuci mata' tengok JETOUR T2, ini ada berita baik untuk anda!
Sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), JETOUR Malaysia secara rasminya telah membuka tempahan untuk varian yang paling dinanti-nantikan: JETOUR T2 i-DM (Intelligence Dual Mode).
Ini bukan calang-calang SUV, ia adalah model Plug-in Hybrid (PHEV) yang menggabungkan rupa paras 'abang sado' yang lasak dengan teknologi jimat minyak tahap luar biasa.
Kenapa JETOUR T2 i-DM Ini Power?
Jangan ingat rupa petak dan nampak garang, spesifikasi enjin dia pun boleh tahan 'ganas'. Jika anda jenis yang suka jalan jauh tapi poket sensitif dengan harga minyak, ini spesifikasi yang wajib anda tahu:
- Enjin: 1.5L TGDI Turbo dengan konfigurasi dwi-motor.
- Transmisi: Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 3-kelajuan.
- Kuasa: Gabungan mantap 265kW (kira-kira 355 hp) dan tork gergasi 610Nm! Memang tekan terus pergi!
- Mod Elektrik Penuh: Boleh jalan lebih 100km+ tanpa guna minyak setitik pun (sesuai sangat buat ulang-alik pergi kerja).
- Jarak Pemanduan Maksimum: Boleh pergi sehingga 1,200km dengan satu tangki penuh + bateri penuh. KL ke Penang pusing balik KL pun tak ada hal!
- Pengecasan: Sokong pengecasan AC dan juga DC (tak payah tunggu lama nak penuhkan bateri).
- Lengkap Teknologi Keselamatan: SUV ini turut disumbat dengan sistem ADAS Tahap 2, 6 beg udara SRS, dan kamera pandangan panoramik untuk mudahkan korang parking atau layan off-road.

Harga
JETOUR T2 i-DM ini dijangka akan dijual pada harga RM168,888. Dengan pakej pemilikan dan jaminan komprehensif yang disediakan oleh JETOUR Malaysia, ia pastinya satu pakej yang sangat berbaloi untuk sebuah SUV PHEV bersaiz sebegini.
JETOUR KLIMS 2026!
Jika anda berminat, pihak Jetour ada menawarkan rebat untuk beberapa model lain:
- Tempah JETOUR T2: Dapat rebat RM2,000.
- Tempah JETOUR Dashing: Dapat rebat sehingga RM10,000.
- Tempah JETOUR VT9: Dapat rebat kaw-kaw sehingga RM15,000!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
