Link Copiedcheck_circle
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-06-08T183253.702.png

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar dan pemasang rasmi kenderaan GAC di Malaysia melakar sejarah apabila memulakan eksport pertama unit GAC GS3 EMZOOM Pemanduan Sebelah Kiri (LHD) yang dipasang secara tempatan ke Vietnam, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, James Tan, berkata  pengeksportan GAC GS3 EMZOOM pemanduan sebelah kiri yang dipasang secara tempatan ke Vietnam merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat WTCA.

"Ia membuktikan pengalaman luas keupayaan pemasangan tempatan Kumpulan Tan Chong sebagai kilang CKD penuh yang dilengkapi kemudahan pengecatan untuk menghasilkan kenderaan buatan Malaysia berkualiti tinggi. Pencapaian ini juga menonjolkan kesediaan kami untuk menyokong strategi pertumbuhan serantau GAC.

""Kami amat berterima kasih dan menghargai sokongan serta bimbingan berterusan daripada GAC International, serta sokongan strategik daripada agensi kerajaan utama seperti MITI, MIDA, dan MARii. Kerjasama mereka amat penting dalam merealisasikan program eksport ini,"katanya.

Keupayaan Tempatan

Unit GS3 EMZOOM yang dieksport ke Vietnam dipasang di kilang Segambut, yang telah dinaik taraf untuk memenuhi keperluan eksport.

  • image.png

Untuk makluman, GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin 1.5 liter (GDI) pengecas turbo yang mana ia mampy menghasilkan 177PS dan tork 270Nm, serta dipadankan dengan Transmisi Klac Kembar Basah 7-kelajuan (7-speed Wet DCT).

Selain karakter prestasinya yang sporty, GS3 EMZOOM dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti:

  • Kokpit digital skrin berkembar (dual-screen digital cockpit)

  • Bumbung suria panoramik (panoramic sunroof)

  • Sistem kamera 360 darjah

  • Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2

  • Bantuan Tempat Letak Kereta Automatik Sepenuhnya (FAPA)

Ciri-ciri ini menawarkan keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan di Vietnam dalam pemanduan harian mereka.

Program Eksport Berkala ke Vietnam

Penghantaran pertama unit CKD GS3 EMZOOM dirancang bermula Jun 2026, menandakan permulaan operasi eksport yang berstruktur dan mampan ke Vietnam. 

Gallery

Tag:

WTC Automotif (WTCA)
GAC GS3 Emzoom
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800

WTCA secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.

13-10-2024
Berita Auto

WTCA Meterai MoU Dengan GAC Motor, Kaji Pemasangan CKD Untuk Eksport Ke Vietnam

Pengeluaran CKD GAC Motor bakal diperluaskan lagi selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WTCA.

01-04-2024
Berita Auto

GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia – Lantik 9 Pengedar Baharu

WTCA baru-baru ini telah mengadakan upacara penandatanganan bersama sembilan pengedar baharu.

27-02-2024
Global

Kilang GAC Aion Thailand Bakal Siap Julai Ini – Aion Y Plus Jadi Model Pertama, Import Ke M'sia?

GAC Aion telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran luar negara pertamanya di Koridor Ekonomi Timur (EEC) di Rayong, Thailand.

01-02-2024
Kereta Baru

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.

01-02-2024
Kereta Baru

Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!

WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...

31-01-2024
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023
Berita Auto

WTCA Labur RM60 Juta Untuk Program CKD GAC GS3

WTCA hari ini telah mengumumkan projek pemasangan CKD dengan syarikat Guangzhou Automobile Group (GAC).

11-05-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026