Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kereta tempatan nampaknya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia! Dua  syarikat nasional, Perodua dan Proton, terus mendominasi jalan raya apabila berjaya menguasai 67 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual (TIV) sepanjang separuh pertama tahun 2026.

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan berbanding 63 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus mengukuhkan lagi dominasi jenama tempatan.

snip2.png

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain menyifatkan an kedua-dua syarikat nasional itu mempunyai strategi jualan yang tersendiri bagi melonjakkan jualan kereta mereka.

Berdasarkan statistik sebanyak 256,304 unit kenderaan PERODUA dan PROTON berjaya dijual bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

"Angka meningkat sembilan peratus atau 20,343 unit berbanding 235,961 unit pada separuh pertama 2025," katanya pada sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu,jualan kenderaan bukan nasional pula susut kepada 129,049 unit, menyebabkan pegangan pasaran merosot kepada 33 peratus berbanding 37 peratus setahun lalu.

snip-1.png

Beliau menyifatkan prestasi lebih kukuh industri pada separuh pertama tahun ini didorong beberapa faktor utama termasuk peningkatan permintaan terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) yang meningkat 19 peratus, terutama hasil pengenalan model EV daripada PROTON serta pelancaran model baharu oleh pengeluar automotif.

Dalam perkembangan sama,  jualan kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) melonjak 69 peratus dalam tempoh enam bulan pertama 2026 susulan pengenalan lebih banyak model Battery Electric Vehicle (BEV), Hybrid Electric Vehicle (HEV), Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV).

Menyentuh mengenai unjuran TIV 2026,  Mohd Shamsor berkata, bagi separuh kedua 2026, MAA menyemak naik unjuran TIV 2026 kepada 800,000 unit berbanding unjuran asal 790,000 unit.

image.png

Berdasarkan unjuran baharu itu, jualan kenderaan penumpang dijangka mencecah 744,000 unit, manakala kenderaan komersial diunjurkan sebanyak 56,000 unit.

Untuk itu,  MAA turut menaikkan unjuran jualan kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) kepada 120,000 unit berbanding sasaran asal 100,000 unit atau sekitar 15 peratus daripada keseluruhan TIV 2026.

image.png

Jualan BEV dan HEV masing-masing dijangka menyumbang sebanyak 60,000 unit.

"Prestasi industri pada separuh kedua tahun ini bergantung kepada beberapa pemacu utama, termasuk keyakinan pengguna yang dijangka kekal kukuh susulan pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan isi rumah yang stabil.

"Selain itu, keadaan pembiayaan yang terus menyokong pemilikan kenderaan dengan kadar faedah stabil dijangka merangsang jualan, terutama selepas Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus," katanya.

Beliau menyifatkan pelancaran model baharu, khususnya dalam segmen SUV serta xEV merangkumi HEV, PHEV dan BEV, turut dijangka menjadi pemangkin utama permintaan pengguna sepanjang baki tahun ini.

Sehubungan itu, pengeluar dan pengedar kenderaan juga dijangka memperhebat kempen jualan menjelang penghujung tahun menerusi tawaran rebat, pakej pembiayaan menarik serta program tukar beli kenderaan bagi merancakkan lagi pasaran.




Gallery

Tag:

MAA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-05-2026
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024
Berita Auto

19-09-2024
Berita Auto

16-08-2024
Berita Auto

20-05-2024
Berita Auto

23-04-2024
Berita Auto

17-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Bakal Kembali Ke Sepang? PM Anwar Buat Pengumuman Status F1 Malaysia Esok

F1 Kembali Ke Malaysia? Tunggu Pengumuman PM Anwar Esok.

25-07-2026
Berita Auto

Orang PJ, Damansara Boleh Lega, RM44.5 Juta Diluluskan Atasi Isu Banjir Kilat

Kerajaan Lulus RM44.5 Juta Projek Mitigasi Banjir PJ dan Damansara

25-07-2026
Berita Auto

Peluang Cerah F1 Kembali ke Sepang? Ganti GP Bahrain Yang Dibatalkan

Ngauman F1 Bakal Gegarkan Litar Sepang Semula? Ini Respon KBS.

25-07-2026
Berita Auto

PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.

24-07-2026
Berita Auto

Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya

Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya, Pakej C Masih Tertangguh.

24-07-2026
Berita Auto

Ada Bintang Emas Di Plaza Tol? Ini Sebab Kenapa Lorong RFID Ada Bintang Emas?

Selalu Terkandas Dekat RFID? TNG Perkenal Lorong RFID Bintang Emas & Ciri SOS Balance.

24-07-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran

Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?

23-07-2026
Berita Auto

Kereta Dihempap Pokok Atau Tenggelam Banjir? Ini Cara Menuntut Ganti Rugi Daripada PBT

Panduan Menuntut Ganti Rugi Kereta Rosak Daripada PBT Akibat Kecuaian Penyelenggaraan.

23-07-2026