- Berita
- Berita Auto
- Laluan Kereta Api Gemas-Gua Musang Siap Sepenuhnya

Berita gembira buat pengguna perkhidmatan rel Pantai Timur! Projek menaik taraf jajaran kereta api bagi Pakej A (Gemas ke Mentakab) dan Pakej B (Mentakab ke Gua Musang) kini telah berjaya disiapkan sepenuhnya.
Kejayaan ini sekali gus memulihkan dan memperkukuh jaringan perhubungan rel yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun, Pakej C yang melibatkan jajaran dari Gua Musang ke Tumpat masih dalam peringkat pelaksanaan.
MEnteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ehingga kini, Projek Pakej A dan Pakej B telah berjaya disiapkan sepenuhnya, manakala Projek Pakej C masih dalam peringkat pelaksanaan.
"Dengan siapnya Projek Pakej A ini, ia bukan sahaja melengkapkan satu lagi komponen penting dalam usaha menaik taraf infrastruktur rel di laluan Pantai Timur, malah turut memperkukuh kesinambungan jaringan kereta api antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia," katan
Beliau berkata demikian semasa berucap sesi lawatan kerja Projek Kerja Pemulihan, Naik Taraf Landasan Kereta Api dan Kerja-kerja Berkaitan di antara Gemas, Negeri Sembilan hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang di Stesen Keretapi Bahau, hari ini.
Projek yang lebih dikenali sebagai Projek Pakej A pada asalnya, telah dimulakan sejak Februari 2016 dengan tarikh asal penyiapan pada 20 Februari 2019.
Bagaimanapun katanya, kontraktor asal projek tidak berjaya menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan dan telah ditamatkan.
"Menyedari kepentingan projek ini kepada pembangunan infrastruktur rel negara dan kesinambungan laluan kereta api pantai timur, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk meneruskan pelaksanaan projek ini di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi memastikan baki kerja yang masih belum disiapkan dapat diselesaikan.
"Hasil daripada perancangan yang teliti, komitmen yang tinggi serta kerjasama erat daripada semua pihak yang terlibat, projek ini akhirnya berjaya disiapkan pada 19 Jun 2026, dengan nilai keseluruhan semasa projek sebanyak RM41.7 juta," katanya.
Bagaimanapun, ada kelewatan dalam menyiapkan Pakej C. Antara opsyen yang kini dipertimbangkan pihaknya adalah mencari kontraktor baharu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/