- Berita
- Berita Auto
- PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari
.jpeg)
PROTON terus memecut pantas dalam memperkukuh kedudukannya di pasaran tempatan apabila mengumumkan pembukaan rasmi 10 cawangan baharu PROTON dan Proton e.MAS dalam tempoh hanya 10 hari!
Langkah agresif ini merangkumi pembukaan empat cawangan standard PROTON dan enam cawangan khusus Proton e.MAS yang tersebar meluas di wilayah Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur, sehinggalah ke Sabah dan Sarawak.
Pelaburan RM15.9 Juta, Wujud 210 Peluang Pekerjaan
Bukan sekadar mengejar angka, peluasan rangkaian ini melibatkan pelaburan bernilai RM15.9 juta daripada rakan pengedar, sekali gus membuka 210 peluang pekerjaan baharu dalam bidang jualan, perkhidmatan teknikal, dan khidmat pelanggan.
Bagi memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, PROTON turut mengaplikasikan pelbagai konsep premis mengikut lokasi:
Kawasan Bandar & Pusat Beli-Belah: Pusat jenama dan bilik pameran gaya hidup yang memudahkan orang ramai menyapa model terbaharu secara santai.
Kawasan Sub-Bandar & Serantau: Pusat 3S/4S penuh serta 'Pusat Mini 3S' bagi memastikan liputan jualan dan alat ganti sampai ke kawasan yang sedang pesat membangun.
Setakat Jun 2026, PROTON kini mengukuhkan takhtanya sebagai pengeluar automotif dengan rangkaian jualan dan selepas jualan terbesar di Malaysia dengan memiliki 195 cawangan jualan PROTON (termasuk 178 pusat 3S/4S) serta 58 bilik pameran, 45 pusat servis, dan 10 pusat Body & Paint khas untuk Proton e.MAS.
Servis 'Faster & Better': Janji PROTON Untuk Pemilik ICE, EV & PHEV
Bagi menyokong ekosistem pemilikan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik (EV), mahupun Plug-in Hybrid (PHEV), PROTON bukan sahaja menambah cawangan, malah menaik taraf mutu perkhidmatan menerusi pendekatan Faster & Better.
Antara penambahbaikan utama yang dibawakan meliputi:
- Identiti Korporat Baharu: Suasana bilik pameran yang lebih moden, selesa, dan mesra pelanggan.
- 3 Komitmen Utama: Khidmat pantas FS90 Fast Service, penyerahan servis dalam tempoh sehari (1 Day Service Delivery), dan kawalan Work-In-Progress (WIP) tidak melebihi 3 hari.
- Piawaian 5-Star Outlet: Memastikan kualiti servis yang konsisten tanpa mengira lokasi anda berada.
Bagi pemilik model elektrik Proton e.MAS, rangkaian baharu ini turut dilengkapi dengan pusat Body & Paint serta sokongan teknikal khas EV bagi memastikan pengalaman pemilikan bebas keraguan dari hari pertama.
📍 Senarai 10 Cawangan Baharu PROTON & Proton e.MAS

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/