Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Suhana Veru

Kongsi melalui

LASER-RED--5_Front-View.png

smart Malaysia mendedahkan smart #5 BRABUS Edisi Laser Red, iaitu varian warna baharu eksklusif bagi SUV itu.

Berikut adalah harga:

  • Premium RM 209,800.00
  • BRABUS RM 259,800.00

Ia direka  khas untuk pemandu yang mencari keunikan dan personaliti, dan kemasan warna Laser Red  ini sebenarnya  menonjolkan lagi reka bentuk smart #5 BRABUS yang lasak serta gayaan berorientasikan prestasi yang cukup dikenali.

Pilihan warna baharu ini menyertai barisan smart #5 BRABUS sebagai penawaran edisi terhad untuk pelanggan yang mahu tampil menonjol dalam setiap perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, smart #5 BRABUS telah pun mentakrifkan semula jangkaan terhadap keupayaan sebuah SUV prestasi elektrik sepenuhnya, dengan menggabungkan kuasa yang mengujakan bersama keselesaan premium serta teknologi termaju.

"Dengan pengenalan Edisi Laser Red baharu ini, kami menawarkan pelanggan cara yang lebih ekspresif dan tersendiri untuk merasai kemuncak jenama smart. Kuantitinya yang terhad menjadikan model ini istimewa dalam keluarga smart #5," katanya dalam satu kenyataan.

Prestasi Tanpa Kompromi

LASER-RED--5_Side-View-2-.png

smart #5 BRABUS Edisi Laser Red baharu ini membawakan kredibiliti prestasi mengujakan yang sama seperti model smart #5 BRABUS sedia ada.

Direka untuk memberikan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang mendebarkan, ia menggabungkan sistem pacuan semua roda dwi-motor yang berkuasa dengan output 475kW yang menakjubkan.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan 646 PS dan tork 710 Nm dan mampu memecut dari  0–100 km/j  dalam masa 3.8 saat sahaja,

LASER-RED--5_Front-Side-CU.pngLASER-RED--5_Rear-Side.png

Selain itu, pelanggan boleh terus menikmati kejuruteraan berorientasikan prestasi pada smart #5 BRABUS ini melalui mod pemanduan BRABUS yang eksklusif, ruang kabin premium yang dilapisi fabrik Alcantara® dan Dinamica®, gaya luaran berinspirasikan BRABUS yang tersendiri, ekosistem digital canggih yang dijana oleh set cip AMD V2000, serta rangkaian lengkap teknologi keselamatan pintar dan bantuan pemandu.

Gayaan Berani dalam Rona Merah

LASER-RED--5_Side-View.png

Warna luaran Laser Red ini telah dipilih dengan teliti bagi mencerminkan semangat dinamik jenama BRABUS. Kemasan warnanya memberikan kedalaman visual yang memukau, sekali gus menonjolkan reka bentuk lasak kenderaan ini di samping mengukuhkan wataknya yang sporty dan sofistikated.

Sama ada ketika menyusuri jalan raya bandar atau memulakan pengembaraan jarak jauh, smart #5 BRABUS Edisi Laser Red direka untuk memberikan impak yang mendalam dari setiap sudut pandangan.

TERHAD


smart #5 BRABUS Edisi Laser Red ditawarkan dalam kuantiti terhad di Malaysia, menawarkan peluang yang jarang didapati oleh pelanggan untuk memiliki salah satu varian paling unik dalam barisan model smart.

Pelanggan yang berminat digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran smart yang terdekat atau layari maklumat lanjut di https://my.smart.com/.

Tag:

smart malaysia
smart#5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

10-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV

2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.

14-02-2025
EV

smart Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Acara smartAWAY Gathering Bersama Pelanggan

smart Malaysia telah menyambut kejayaan ulang tahun pertamanya dengan acara istimewa bersama pelanggan, smartAWAY Gathering pada 14 Disember 2024 lalu.

20-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026