- Berita
- Kereta Baru
- 48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

Seiring dengan debaran perlumbaan berinspirasikan padang pasir Bahrain yang bakal berpusat di Litar Antarabangsa Sepang, MINI Malaysia melancarkan MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition pada harga bermula daripada RM267,333 tanpa insurans.
Untuk makluman, model ini cuma ada 48 unit yang mana ia terbahagi kepada 30 unit warna Smokey Green dan 18 unit warna Slate Blue.
Model ini diilhamkan oleh keindahan suasana gurun pada waktu malam.
Sentuhan Eksklusif Diilhamkan oleh Suasana Malam Di Gurun

Menampilkan identiti visual yang berani, Desert Night Edition menyerlahkan gaya versatil menerusi pelbagai perincian reka bentuk unik:
Estetika Luaran: Kemasan eksklusif Desert Night pada tiang C dan D, bampar hadapan, penutup hab roda, serta penutup injap tayar menonjolkan karakter lasak lagi bergaya.
Kabin Premium: Lambang khas pada stereng, sulaman eksklusif pada alas lantai, dan motif bertema pada penutup kunci menyambut pemandu sebelum perjalanan bermula.

Prestasi Tangkas & Teknologi Pemanduan Pintar
Direka untuk menempuh pelbagai bentuk muka bumi, daripada laluan mencabar hingga ke lebuh raya tropika Malaysia—jentera ini dilengkapi teknologi moden untuk keyakinan maksimum:
Sistem Pacuan Semua Roda Pintar ALL4: Memberikan cengkaman optimum dalam pelbagai keadaan cuaca dan persekitaran.
Kawalan Pemanduan Aktif (Active Driving Control): Ditawarkan buat pertama kalinya sebagai kelengkapan standard pada MINI Countryman untuk melaraskan kelajuan secara automatik mengikut trafik, menjadikan pemanduan jarak jauh lebih santai.
Harga Jualan Rasmi & Rebat Istimewa


Bagi anda yang ingin memiliki model edisi terhad ini, harga atas jalan (tidak termasuk insurans) adalah seperti berikut:
- Tanpa Waranti Lanjutan & Pakej Servis: RM267,333.00
- Termasuk Waranti Lanjutan & Pakej Servis: RM277,733.00
- Manfaat Eksklusif Tempahan Awal (Sebelum 4 Oktober 2026):
- Rebat Tunai Eksklusif: RM12,000 untuk tempahan sebelum bendera penamat dikibarkan di Sepang.
Sokongan Pembiayaan Tambahan: RM10,000 melalui Pelan Pembiayaan MINI Easy Drive, menjadikan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM22,000.
Ansuran Bulanan Menarik: Bermula dari RM2,271 sebulan menerusi MINI Easy Drive atau RM2,185 sebulan menerusi pelan Straight-Line.
Setiap pembelian turut dilengkapi perlindungan menyeluruh demi menjamin pengalaman pemilikan premium:
MINI Roadside Assistance: Bantuan kecemasan dan tunda 24/7 di talian 1800-88-8808.
MINI Service & Repair Inclusive (MSRI): Perlindungan waranti serta servis berkala untuk ketenangan jangka panjang.
Perkhidmatan Digital & Proactive Care: Pengurusan kenderaan pintar melalui aplikasi My MINI App dan portal rasmi service.mini.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/