- Berita
- Gaya Hidup
- Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Jika anda seorang yang gemar mengikuti sejarah setiap jenama kereta, sudah pasti anda menyedari mengenai peralihan reka bentuk BMW.
Menyingkap kembali awal tahun 2000-an, kehadiran model 7 Series "Bangle Butt" sekali gusmenerima pelbagai reaksi . Ia adlaah hasil rekaan Chris Bangle yang merupakan seorang pereka automotif yang sangat berbakat dalam memecah-belahkan peminat kereta.
Bagi yang tidak tahu, model 7 Series ini adalah antara model paling laris dalam sejarah BMW.
Kemuncak kontroversi rekaan berlaku pada tahun 2020 apabila BMW memperkenalkan gril breaver teeth (umpama gigi menegak) pada model M3/M4.
Kehadiran rekaan kontroversial ini pada model 4 Series dan M3/M4 bukan sahaja mencetuskan kemarahan peminat, malah "membakar" arena perbincangan di seluruh media sosial dan forum automotif dunia.
Hakikatnya, setiap pelancaran model baharu BMW pasti tidak terlepas daripada kritikan terhadap rekaan grilnya yang sering berubah-ubah, daripada gaya terlalu nipis dan lebar, sehinggalah bentuk 'hidung kembang' yang mencetuskan pelbagai reaksi.
Di sebalik kontroversi hidung BMW, menerusi pelancaran rasmi BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu di Malaysia yang merupakan kenderaan pengeluaran pertama dalam era revolusi Neue Klasse sekali lagi menjadi kritikan.

Namun sebelum ada meninggalkan sebarang komen, lihat imej-imej di bawah.

Sudah dinobatkan sebagai World Car of the Year dan World Electric Vehicle of the Year 2026, iX3 baharu ini bukan sekadar kenyataan reka bentuk, ia adalah sebuah karya agung dalam evolusi automotif.

Namun begitu, meraih pengiktirafan kritikal global adalah satu perkara yang lumrah sebaliknya menonjol dalam pasaran EV yang sangat kompetitif pula adalah next level.
Bagi memahami kenapa BMW mengambil risiko visual dan teknologi yang begitu radikal pada iX3, anda perlu melihat kepada realiti baharu ekonomi automotif global yang semakin sengit ketika ini.
Selama bertahun-tahun, formula untuk kereta mewah Jerman adalah mudah: tawarkan kejuruteraan yang legenda, letakkan lencana prestij pada bahagian gril, dan lihat pembeli membanjiri bilik pameran. Era itu kini telahpun melabuhkan tirainya secara rasmi.
Peralihan: Apa yang Dituntut oleh Pembeli Mewah Moden
Di pasaran Asia, di mana penembusan Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle - NEV) telah melepasi 60%, para pembeli menilai kemewahan melalui sudut pandang yang sepenuhnya baharu:
Tiada Lagi Keagungan Lencana: Simbol status tradisional dan warisan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang lama membawa jauh lebih sedikit pengaruh.
Keutamaan Teknologi Didahulukan: "Kemewahan" kini ditentukan oleh seni bina pengecasan pantas 800V, ECU tengah yang sangat responsif, dan kokpit digital yang menyeluruh.
Kehadiran Visual: Jika jenama Eropah melancarkan EV berbentuk telur yang licin dan membulat yang tenggelam bersama arus trafik, pembeli Asia yang celik teknologi akan pula akan memilih alternatif pengeluaran model tempatan yang hadir dengan rekaan lebih tajam serta agresif.
Daripada "Big Three" pembuat kereta mewah Jerman (BMW, Mercedes-Benz, Audi), BMW merupakan jenama yang paling berani mengambil risiko dari segi visual dan teknologi.
Berbanding mengejar trend reka bentuk generik, BMW memperhebatkan lagi identiti visual yang berani dan mudah dikenali serta-merta, sekali gus menyediakan platform yang ideal untuk memperkenalkan era Neue Klasse ke Malaysia dan persada dunia.
Penghormatan kepada BMW 2002 Legend

Dengan bualan hangat di media sosial, reka bentuk bahagian hadapan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu bukanlah satu eksperimen visual yang sembarangan; ia adalah penghormatan berteknologi tinggi kepada warisan BMW yang paling agung.
Apabila Neue Klasse asal diperkenalkan pada tahun 1960-an ( bermula dengan BMW 1500 yang membawa pembaharuan besar dan memuncak pada model ikonik BMW 2002), ia memperkenalkan topeng hadapan yang revolusioner: gril buah pinggang menegak yang ramping terletak kemas di dalam fasia hadapan mendatar yang luas.
Evolusi Warisan: Ikon 1960-an VS.iX3 2026

Langkah reka bentuk tunggal itu bukan sahaja menyelamatkan BMW daripada kerugian tetapi ia juga mentakrifkan estetika sedan sports moden selama berdekad-dekad lamanya.
Melalui iX3 2026, pasukan reka bentuk global BMW telah mendigitalkan sejarah mereka.Menerusi korm dan dan gril secara terbuka yang besar nampaknya telah digantikan dengan pencahayaan "phygital" yang mengubah warisan tradisional menjadi signatur digital moden.
SALASILAH REKA BENTUK: KLASIK 1960-an LWN. iX3 2026
| ELEMEN REKA BENTUK | Klasik Neue Klasse 1960-an(BMW 1500 / 2002) | Neue Klasse BMW iX3 2026(Platform NA5) |
| Geometri Gril | Gril buah pinggang berkembar menegak yang ramping dan tegak | Gril buah pinggang menegak bercahaya dengan BMW Iconic Glow |
| Gaya Muka Depan | Muka melintang yang lebar, kemas, dan dihiasi kemasan krom | Muka pencahayaan digital monolitik dengan permukaan yang bersih |
| Signatur Lampu | Lampu utama analog bulat berkembar | Grafik lampu LED bersilang (diagonal) yang bersepadu |
| Liku Hofmeister (Hofmeister Kink) | Lipatan logam tiang-C fizikal yang tajam dengan kemasan krom | Grafik "reflective print" berdigit yang bersepadu pada kaca suku belakang |
| Tujuan Utama | Penyejukan aliran udara radiator untuk enjin M10 | Integrasi penderia + pengecaman jenama yang ikonik siang dan malam |
Dengan menggantikan jaringan statik dengan pencahayaan interaktif, iX3 baharu ini merapatkan jurang 60 tahun dengan teknologi elektrik 800-volt dengan lancar, menghasilkan wajah yang menonjol.
Sejarah Sentiasa Buktikan BMW Betul
Setiap kali BMW keluar daripada kebiasaan, para pengkritik akan mengisytiharkan berakhirnya satu era. Dan setiap kali itu juga, reka bentuk tersebutlah yang mentakrifkan trend automotif untuk dekad seterusnya.
Diakui, kejuruteraan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro cukup menonjol dalam pasaran global utama seperti China, dan menghormati semangat perintis Neue Klasse 1960-an selain mempunyai penanda aras baharu untuk prestasi dan ciri-ciri kemewahan .
Sama ada anda meminatinya atau membencinya sekarang, satu perkara pasti: BMW tidak mengikut trend EV, mereka menciptanya sejak dari mula lagi.
NOTA: Artikel ini diterjemahkan daripada hasil penulisan Penulis Bahasa Inggeris, Sofea Najmi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/