- Berita
- EV
- Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
Gambar hiasan.
Kemasukan kenderaan elektrik (EV) mampu milik ke pasaran Malaysia memang satu berita yang menggembirakan namun perlu disertai dengan pembangunan ekosistem lengkap termasuk kemudahan pengecas awam bagi mengelakkan pengguna berdepan masalah pada masa hadapan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menegaskan bahawa meskipun negara mengalu-alukan teknologi baharu, pembangunan infrastruktur menyeluruh tidak boleh dipandang remeh.
Dua Syarat Utama Sebelum EV Murah Dibawa Masuk:
Ekosistem Wajib Ada Bersama: Pihak pengimport atau penjual tidak boleh hanya berniat menjual kereta semata-mata. Mereka wajib memastikan pusat servis, rangkaian alat ganti, dan sokongan teknikal sudah kukuh terlebih dahulu.
Pengecas awam: kemudahan pengecas awam juga perlu dibina secara meluas kerana tidak semua pengguna EV mempunyai akses untuk mengecas kenderaan di rumah.
Menurutnya, pengguna yang tinggal di rumah pangsa, flat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) berkemungkinan berdepan kesukaran kerana kekangan pengurusan bangunan serta kapasit bekalan elektrik.

“Kalau penduduk flat membeli EV murah tetapi tidak ada pengecas awam, akhirnya mereka akan mengadu kepada kerajaan kerana kemudahan itu tidak disediakan.
“Sebab itu perkara ini perlu diberitahu dari awal supaya rakyat tidak tertekan apabila menggunakan teknologi baharu,” ujarnya.
SUMBER KOSMO
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/