Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tahukah anda, Proton sebenarnya pernah berhasrat untuk menghasilkan kereta sport enjin pertengahan (mid-engined) 2.0-liter berteknologi tinggi berharga RM150,000 sekitar tahun 2000.

Berdasarkan laporan penulis veteran portal automotif mota auto yang berpengalaman 49 tahun dalam dunia automotif, Chips Yap, projek yang dikenali sebagai  Proton Ultimate (PU) ini memanfaatkan kepakaran Lotus untuk pasaran Malaysia sebelum projek berkenaan dibatalkan secara misteri akibat perubahan kepimpinan syarikat.

image.png

 Impian Proton Hasilkan Kereta Sports Mampu Milik

Pada awal tahun 2000-an itu, Proton masih memiliki Lotus Engineering dan seterusnya mempunyai kepakaran serta sumber kejuruteraan dan pembangunan termaju untuk dimanfaatkan.

Kereta sports itu dijangka dilancarkan pada tahun 2003, kira-kira 3 tahun dari waktu projek itu didedahkan dan dinamakan ‘Proton Ultimate’ (PU).

Tempoh pembangunan dan penyelidikan yang singkat untuk model baharu  kebiasannya mengambil masa kira-kira 4 tahun dan difahamkan ia dapat direalisasikan atas dua sebab.

Pertama, ia mahu dihasilkan dalam volum rendah dengan parameter yang lebih spesifik berbanding kereta pasaran yang dihasilkan secara besar-besaran seperti model-model lain Proton.

Kedua, kebanyakan proses kejuruteraannya menyimpang daripada kebiasaan dan menggunakan bahan komposit serta bahan ringan.

image.png

Program tersebut yang dikenali secara dalaman sebagai ‘Project Sepang’ dipercayai telah diaktifkan pada lewat Februari 2000 dengan konsep casis. Ia merupakan casis ‘Monaco’ yang pernah dipamerkan oleh Lotus di Pertunjukan Auto Frankfurt.

image.pngLotus meneruskan projek kereta sports mereka dengan menggunakan casis Monaco dan menghasilkan pengeluaran terhad bagi model yang dinamakan Europa S, menghidupkan semula nama yang pernah digunakan pada tahun 1960-an. 

Bagaimanapun, ia bukannya satu kes menawarkan 'kereta sports Lotus versi Proton'. Lotus mahu memastikan terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-dua model. Lotus akhirnya mengeluarkan model tersendiri iaitu Lotus Europa  pada tahun 2006.

Dalam kes Proton, objektifnya adalah untuk menghasilkan kereta sports  berteknologi tinggi tetapi jenis  mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Namun Kedudukan pasaran kereta sports itu tidak dinyatakan pada masa tersebut, walaupun ada kemungkinan ia serupa dengan  seperti Toyota Celica dan Nissan Silvia.

Teknologi Lotus & Trenkuasa Enjin Petronas E01

Pilihan enjin yang dipertimbangkan termasuk enjin Petronas E01 berkuasa 204 bhp dan enjin V6 baharu Proton yang berkeupayaan ditingkatkan sehingga 200 bhp.

image.pngEnjin Petronas, yang turut menarik minat sebuah pengeluar kereta Korea, merupakan salah satu enjin yang dipertimbangkan untuk kereta sukan tersebut. 

Proton dipercayai cenderung menggunakan enjin Petronas iaitu  hasil daripada projek yang bermula pada tahun 1997 ekoran rasa ketidakpuasan hati tentang perbelanjaan besar bagi membayar Mitsubishi untuk enjin-enjinnya.

Walaupun kereta tersebut bakal dilengkapi pelbagai teknologi tinggi dan menggunakan bahan ringan, kosnya masih dijangka ‘suku daripada kos pembangunannya, menurut CEO Proton ketika itu. Bagaimanapun, kosnya dapat dijimatkan dengan memanfaatkan komponen Proton, misalnya penggunaan brek daripada Wira.

Komponen-komponen ini, yang dihasilkan untuk model volum tinggi Proton, berharga lebih murah disebabkan oleh ekonomi skala (economies of scale) sesuatu yang tidak dinikmati oleh Lotus berikutan jumlah pengeluarannya yang jauh lebih rendah.

Kenapa Proton Ultimate Tidak Pernah Dilancarkan?

image.pngBahagian kabin PU. Gambar Ihsan: MotaAuto

Jumlah pengeluaran yang dirancang untuk PU diunjurkan antara 10,000 hingga 15,000 unit sepanjang kitaran hayat model selama kira-kira 5 tahun.

Menjelang pengeluaran kereta sports itu,, Proton dijangka melabur dalam barisan pengeluaran model baharu di kilangnya (di Shah Alam, Selangor) yang mana sebahagian besar proses pembuatannya berbeza daripada kaedah konvensional.

Sekurang-kurangnya sebuah prototaip dipercayai telah siap dibina dengan ‘enjin Amerika’. Tidak diketahui sama ada prototaip tersebut masih wujud atau telah dilupuskan seperti prototaip Satria Cabriolet yang bernilai dari sudut sejarah selepas Geely menjadi pemilik bersama Proton.

image.png

Malangnya, program PU tidak pernah diteruskan sehingga akhirnya. Perkembangan lain di dalam syarikat mungkin telah mengalihkan tumpuan, dan kepimpinan juga bersilih-ganti menyebabkan keutamaan berubah.

image.pngKereta Konsep Lekir ialah sebuah kereta sport dua tempat duduk daripada Proton yang dicadangkan pada tahun 2010. Gambar Ihsan: MotaAuto


Begitupun, Proton ada menawarkan beberapa produk prestasi edisi terhad yang dibangunkan oleh bahagian R3seperti Satria R3 dan Satria Neo R3m Lotus Racing Edition.

Berbalik kepada Proton Ultimate, adakah anda rasa projek PU itu mampu meletakkan Malaysia di peta kereta sports dunia sekiranya ia dilancarkan 20 tahun lalu?

Kongsikan pendapat anda di ruangan bawah.

Sumber berita: MotaAuto.

Gallery

Tag:

Proton Ultimate
Project Sepang
Lotus Europa
Kereta Konsep Lekir
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026