Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad, secara rasmi memulakan era baharu pengeluaran tempatan (CKD) untuk model paling larisnya, Proton e.MAS 7 PHEV, di Kilang EV PROTON, Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim.

Langkah strategik ini hadir tepat pada masanya susulan sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, di mana jumlah pendaftaran setakat tahun ini (YTD) telah mencecah 4,500 unit, manakala jumlah keseluruhan tempahan pula sudah melangkaui angka 11,000 unit!

 image.png

Naik Taraf Premium: Redah Sesak Lebih Tenang dengan Kerusi Urut!

Sempena pengeluaran CKD ini, PRO-NET turut memperkenalkan beberapa ciri terkini pada varian Proton e.MAS 7 PHEV Premium dan Premium Plus.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan ialah penambahan ciri kerusi urut di bahagian hadapan, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan untuk pemandu serta penumpang.

     Proton e.MAS 7 PHEV (CKD)

    • Pengeluaran Tempatan (CKD): Rasmi mula dikeluarkan di Kilang EV PROTON, Tanjung Malim (AHTV), susulan sambutan hangat melebihi 11,000 tempahan dan 4,500 pendaftaran YTD.
    • Naik Taraf Premium: Varian Premium dan Premium Plus kini hadir dengan ciri kerusi urut depan untuk keselesaan optimum.
    • Prestasi & Jarak Jauh: Dikuasakan sistem EM-i Advanced Hybrid (1.5L DHE + DHT) menghasilkan 193 kW / 262 Nm. Menawarkan jarak elektrik penuh 170 km dan jarak keseluruhan mencecah 1,065 km dengan kecekapan bahan api 4.3L/100 km.
    • Pengecasan Pantas: Sokongan DC 60kW (30%-80% dalam masa kurang 16 minit) serta fungsi V2L dan V2V.
    • Kabin & Teknologi: Skrin infotainmen 15.4-inci 2.5K (Flyme Auto), sistem audio 16 pembesar suara, ruang bagasi sehingga 2,065 liter, serta pakej keselamatan lengkap ADAS Tahap 2.


    PRESTASI HEBAT

     Proton e.MAS 7 PHEV dijana dengan  enjin petrol 1.5 liter Dedicated Hybrid Engine (DHE) bersama transmisi 11-in-1 Dedicated Hybrid Transmission (DHT) menerusi sistem EM-i Advanced Hybrid.

    • Kuasa Maksimum: 193 kW dan tork 262 Nm (Pacuan Roda Hadapan - FWD).
    • Mod Pemanduan: Pilihan mod Pure, Hybrid, dan Power.
    • Pecutan 0-100 KM/J: Hanya 8.0 saat (Kelajuan maksimum 170 km/j).
    • Kecekapan Minyak: Serendah 4.3 liter/100 km (NEDC).
    • Jarak Elektrik Penuh: Mampu bergerak sejauh 170 km tanpa petrol.
    • Jarak Keseluruhan: Gabungan penuh bateri dan tangki petrol 51 liter menawarkan jarak perjalanan mencecah 1,065 km!

    image.png

     Pengecasan Pantas & Teknologi V2L/V2V

    Model ini menggunakan pek bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 29.8kWh:

    image.pngimage.png

    • Pengecasan DC (Sehingga 60kW): Mengecas pantas dari 30% ke 80% dalam masa kurang 16 minit.
    • Pengecasan AC (6.6kW): Sesuai untuk kegunaan pengecasan harian di rumah.
    • Fasiliti Ekstra: Menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Vehicle (V2V) untuk membekalkan tenaga kepada peranti luar.

     Kabin Pintar Mewah & Ruang Luas

    • Keluasan Bagasi: Kapasiti asas 528 liter, boleh diperluaskan sehingga 2,065 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
    • Kluster instrumen digital 10.2-inci, skrin sentuh infotainmen 15.4-inci beresolusi 2.5K dengan sistem Flyme Auto (menyokong Bahasa Melayu/Inggeris, Apple CarPlay, Android Auto, OTA, serta sambungan 4G/Wi-Fi).
    • image.pngimage.png
    • Audio & Keselesaan Lain: Sistem audio Flyme 16 pembesar suara, Head-Up Display (HUD), pengecas tanpa wayar, penapis kabin N95, pencahayaan ambien 256 warna, serta tempat duduk berbalut kulit tiruan dengan kerusi hadapan berpengudaraan dan fungsi memori pemandu
    • image.pngimage.pngimage.pngimage.pngimage.png

    Ciri Keselamatan

    image.png

    Perjalanan anda dilindungi sepenuhnya menerusi pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif termaju:

    • 7 beg udara, ESC, TCS, ABS, EBD, BA, HHA, HDC, TPMS, dan brek regeneratif.
    • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D berserta sensor parkir hadapan dan belakang.
    • Pakej ADAS Tahap 2: Termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent Cruise Control (ICC), Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Prevention (LDP), Emergency Lane Keep Assist (ELKA), Blind Spot Detection (BSD), serta amaran trafik silang belakang (RCTA & RCTB).

    Bagaimanapun, harga e.MAS PHEV CKD ini masih belum didedahkan.

    Gallery

    Tag:

    Proton e.MAS 7
    Proton e.MAS 7 PHEV CKD
    Kongsi Artikel Ini

    Ditulis pada

    Suhana Veru

    Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

    Kongsi melalui

    Berita Berkaitan

    EV

    Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

    Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

    12-08-2026
    Berita Auto

    Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

    Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

    06-08-2026
    Kereta Baru

    KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

    Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

    12-06-2026
    Berita Auto

    KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

    Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

    09-06-2026
    Berita Auto

    PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

    Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

    08-06-2026
    EV

    Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

    Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

    04-06-2026
    Gaya Hidup

    Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

    Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

    22-05-2026
    EV

    Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

    Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

    13-05-2026

    Berita Terkini

    Berita Auto

    Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

    Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

    02-09-2026
    Berita Auto

    730 Orang Terkorban Di LPT1

    Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

    02-09-2026
    Berita Auto

    981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

    Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

    01-09-2026
    Berita Auto

    Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

    Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

    01-09-2026
    Berita Auto

    Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

    Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

    01-09-2026
    Berita Auto

    Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

    Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

    01-09-2026
    Berita Auto

    Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

    Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

    30-08-2026
    Berita Auto

    Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

    Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

    29-08-2026