Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tindakan berani seorang lelaki etnik Rohingya memandu kenderaan berkuasa tinggi jenis Honda Civic Type R tanpa lesen memandu yang sah akhirnya memakan diri selepas ditahan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, suspek dikesan bergerak secara berkonvoi menuju ke Genting Highlands sebelum dihentikan di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan pemandu terbabit tidak mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL). Tindakan sitaan terus diambil mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Lelaki berkenaan mengaku bekerja dengan pemilik asal kenderaan tersebut. Majikannya yang ketika itu memandu Nissan GT-R dilaporkan memberi kebenaran kepada suspek untuk membawa Honda Civic Type R berkenaan.

23 Kenderaan Mewah Disita Dalam Operasi Khas Luxury

Sepanjang tiga hari Operasi Khas Luxury dijalankan bermula Selasa hingga Khamis, JPJ WPKL telah menyita sebanyak 23 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Antara kenderaan mewah lain yang turut disita termasuklah Ferrari F8, Porsche Macan, Land Rover Range Rover Sport, BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volvo dan Toyota Alphard.

Pihak JPJ WPKL mengeluarkan 96 notis saman sepanjang operasi tersebut. Kesalahan tertinggi melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 39 kes, diikuti tiada perlindungan insurans (30 kes) dan tiada lesen memandu (3 kes).

JPJ Ketatkan Tindakan Terhadap Pemandu Tiada Lesen

Menurut Hamidi Adam, pelaksanaan Operasi Khas Luxury sepanjang tahun ini sehingga 28 Ogos telah mencatatkan penyitaan sebanyak 179 kenderaan mewah di sekitar ibu negara.

Pihaknya turut mengeluarkan 179 notis penyitaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menjadikan jumlah keseluruhan 572 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan sepanjang tempoh operasi tahun ini.

JPJ menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana individu atau pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya, demi menjaga keselamatan pengguna lain.

Gallery

Tag:

Honda Civic Type R
JPJ
Rohingya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Honda Panggil Balik 36,000 Model Terbaharunya Sebab Nak Kemas Kini Kotak Gear EPS

Langkah kemas kini produk proaktif itu perludibuat demi keselamatan pelanggan.

06-11-2024
Berita Auto

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Kereta Baru

Honda Civic Type-R FL5 Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM399K

Honda Malaysia telah melancarkan secara rasmi Civic Type R serba baharu. Ini perinciannya...

27-09-2023
Global

Honda Civic Type-R FL5 2023 Dipertontonkan Di Thailand, Harga Lebih Separuh Juta!

Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) edisi yang ke-44 tahun ini menyaksikan banyak pengeluar kenderaan memenuhi Pusat Konvensyen IMPACT di Muang Thong Thani.

22-03-2023
Global

Honda Civic Type R 2023 Dipertontonkan, Ini Imej Dan Spesifikasinya...

Honda Civic Type R 2023 dipertontonkan kepada umum.

21-07-2022
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026