Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Setiap kali nampak lampu beacon menyala dari jauh, sebagai pemandu kita sudah tentu panik dan tergesa-gesa memberi laluan.

Malah, ada kalanya kita sanggup mengelak hingga hampir melanggar kenderaan lain semata-mata mahu memberi jalan.

Namun, adakah kenderaan yang menyalakan lampu suar ini mempunyai 'lesen kebal' untuk memandu mengikut kelakuan sendiri?

Hakikatnya, penggunaan beacon atau suar tidak memberi hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

TL;DR — Ringkasan Artikel

Penggunaan lampu suar (beacon) atau siren tidak memberi 'lesen kebal' kepada mana-mana kenderaan untuk memandu secara berbahaya atau melanggar lampu isyarat merah.

  • Hak Keutamaan Terhad: Hak mengatasi aliran trafik semasa kecemasan hanya diperuntukkan kepada 6 agensi rasmi (PDRM, Bomba, Ambulans, JPJ, Jabatan Penjara, dan Kastam) dengan siren atau amaran bunyi yang jelas.
  • Tindakan Undang-Undang: Pemandu kenderaan kecemasan yang memandu secara melulu atau membahayakan orang lain tetap boleh didakwa di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali.

Menurutnya, penggunaan lampu amaran khas pada sesebuah kenderaan tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

“Walau bagaimanapun, kebenaran menggunakan lampu suar atau siren tidak dengan sendirinya memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan.

“Penggunaan lampu amaran atau siren juga tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kawasan kemalangan maut di Jalan Sultan Ismail.

Hanya 6 Agensi Mempunyai Hak Keutamaan Kecemasan

image.pngimage.png

Beliau menjelaskan, di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hak keutamaan mengatasi lalu lintas lain ketika menjalankan tugas kecemasan hanya diperuntukkan kepada kenderaan khas daripada agensi berikut:

  1. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  3. Ambulans
  4. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  5. Jabatan Penjara Malaysia
  6. Jabatan Kastam Diraja Malaysia

“Kenderaan-kenderaan tersebut hendaklah memberi amaran mengenai kehadirannya melalui siren, loceng atau hon dua nada sebagaimana yang diperuntukkan,” tambah beliau lagi.

Siren Nyala Tetap Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

Tegas JSPT, sebarang keutamaan lalu lintas yang diberikan di bawah Kaedah 9 masih tertakluk kepada pertimbangan pemandu kenderaan kecemasan itu sendiri demi keselamatan lalu lintas.

Sekiranya pemandu kenderaan kecemasan dipandu secara berbahaya atau melulu, mereka tetap boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Oleh itu, kehadiran lampu suar dan bunyi siren berfungsi sebagai amaran kehadiran kecemasan untuk meminta kerjasama pengguna jalan raya, bukannya tiket mutlak untuk meredah lampu merah tanpa menghiraukan nyawa orang lain.


Gallery

Tag:

JPJ
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026
Berita Auto

JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!

10-08-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026