Rebiu Raja EV: Omoda E5!
Suhana Veru
25-3-2024
Omoda E5 pada awal bulan ini.
Bagi yang tidak reti membezakan model-model kereta, mungkin mereka akan terkeliru sedikit dengan Chery Omoda E5 dengan kembarnya yang menggunakan enjin pembakaran dalaman iaitu Chery Omoda 5.
Manakan tidak, jika penulis tidak berkecimpung dalam dunia penulisan berita automotif, mungkin saya juga seperti anda, sukar untuk membezakan kedua-dua model ini.
Gambar atas Omoda 5 dan Omoda E5 (gambar bawah).
Serupa tapi tak sama ya!
Sebaliknya, kami di CariCarz.com menganggap penggayaan Omoda E5 sebenarnya lebih menonjol daripada Omoda 5.
Gara-gara sifat elektriknya, Omoda E5 tidak lagi menggunakan reka bentuk gril hadapan seperti Omoda 5 sebaliknya digantikan dengan gril tertutup yang turut menempatkan port pengecas.
Pandangan dari depan.
Namun soket plug pengecas itu disorokkan dengan penutup yang berada di tengah-tengah mukanya.
Reka bentuk lampu depan yang cukup canggih.
Model ini hadir dengan lampu utama LED automatik berbentuk tirus dengan fungsi ‘Follow Me Home’.
Di sudut bawah terdapat penutup gril aktif yang apabila dibuka membantu menyejukkan motor elektrik hadapan, dan ditutup untuk tujuan aerodinamik selain meminimakan kesan seretan udara
Pandangan dari sisi dan belakang.
Selain itu, antara perbezaan ketara ialah ketiadaan aksen merah di sekeliling bahagian jentera berkenaan namun digantikan dengan kemasan hitam berkilat yang lebih ringkas.
Omoda E5 ini juga diberikan rim aloi 18-inci dan setiap tayarnya menggunakan tayar Kumho Ecsta PS71.
Omoda E5 menggunakan rim bersaiz 18 inci.
Pendek kata, Chery Omoda E5 sebuah kereta yang cukup bergaya kerana menampilkan gaya badan crossover SUV coupe sporty.
KABIN MEWAH, MODEN
Bahagian papan pemuka.
Berbanding Omoda versi enjin pembakaran dalaman, Omoda E5 kelihatan lebih mewah daripada kembar petrolnya, dan kenyataan ini sebenarnya berasas kerana ia hadir dalam pilihan warna dalaman biru dan kuning air.
Anda boleh melihat bahagian papan pemukanya ia dihiasi dengan rona biru termasuk di sisi pintu manakala trim di sebelah stereng pula dihiasi dengan aksen kayu.
Malah tempat duduk depan dan belakangnya juga hadir dengan corak berwarna biru dan putih. Ciri unik ini menimbulkan pandangan yang cukup luar biasa.
Kabin Omoda E5 dihiasi dengan warna biru dan putih.
Melihat kepada hiasan dua warna ini, ia menjadikan kabinnya cukup mewah dan bergaya.
Sebenarnya, lebih banyak trim kayu didapati di konsol tengah yang terapung,
Trim kayu menghiasi bahagian sisi dan juga depan.
Bukan itu sahaja, ia tampil dengan rekaan kabin yang agak berbeza pada bahagian konsol terowong.
Nampaknya versi EV ini tidak menampilkan tombol gear konvensional sekali gus membolehkan bahagian tersebut diberikan ruang storan lebih banyak dan nampak lebih ringkas.
Ada pengecas wayarles dan pemegang cawan.
Terdapat juga pengecas wayarles 50 watt, dua port USB dan soket 12 volt yang terletak di bawah konsol tengah.
Port pengecasnya agak tersorok.
Bercakap mengenai skrin, Omoda E5 didatangkan dengan skrin berkembar bersaiz 24.6 inci jenis melengkung di bahagian pemuka, dimana ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta turut terbina sistem navigasi di dalamnya.
Ia yang dikuasakan cipset Snapdragon 8155 Qualcomm menyebabkan sistem infotainmen E5 juga nyata lebih pantas berbanding Omoda 5.
Paparan infotainmennya agak besar dan membuatkan anda mudah mencari jalan jika menggunakan sistem navigasinya.
Paparan infotainmennya juga menempatkan semua tetapan utama untuk kenderaan, serta kedua-dua kawalan iklim dan tempat duduk hadapan berventilasi.
Walaupun ketika mahu mengakses beberapa tetapan ini semasa memandu, ia mungkin membuatkan anda gabra, namun mujurlah beberapa fungsi penting, seperti paparan kamera 540 darjah dan kawalan iklim, boleh diakses melalui pintasan dan bukannya membelek skrinnya sehingga jauh ke dalam.
Antara ciri yang terdapat di dalam Omoda E5.
Selain itu, terdapat juga sistem pencahayaan ambien 64 warna, bumbung matahari, ruang simpanan sejuk di bawah tempat letak tangan hadapan, sistem audio Sony 8 pembesar suara.
Secara ringkasnya, Chery Omoda E5 hadir dengan kabin yang agak mewah selain menimbulkan aura yang cukup premium.
Namun malangnya, setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan. Begitu juga dengan Omoda E5.
Ini kerana ruang tempat duduk belakangnya dikatakan terhad kerana lantai kabin E5 telah dinaikkan sedikit untuk menampung bateri yang dipasang di bawahnya.
Malah, bumbung coupe sporty E5 juga turut mengakibatkan sedikit ketidakselesaan bagi penumpang belakang, terutamanya bagi mereka yang tinggi dan kurus.
Ruang butnya boleh dibesarkan.
Mengenai ruang kargo pula, ia yang seluas 483 liter sebenarnya boleh dibesarkan sekirannya kerusi belakang direbahkan.
Seperti mana yang sudah dijangkakan, tiada roda ganti disediakan untuk E5, sebaliknya anda akan mendapat kit untuk membaiki tayar, yang disimpan di dalam kotak 'rahsia' di bawah ruang butnya.
Bahagian belakangnya agak kemas.
Sekiranya anda memerlukan ruang tambahan, E5 juga sebenarnya dilengkapi dengan 'frunk' kecil bersaiz 19 liter di bawah hud hadapan.
Antara ruang yang boleh digunakan untuk simpan barang.
Ruang ini mampu menyimpan kabel anda. Malah, ia juga sememangnya tempat yang bagus untuk menyimpan sebiji atau dua biji durian.
Jadi, anda tidak perlu risau dengan bau busuk durian yang yang sering kali menyelinap masuk ke dalam kabin.
Selain bercakap mengenai ciri luar dan dalamannya, anda pasti tertunggu-tunggu dengan ulasan pandu uji Omoda E5?
PANDU UJI?
Di sinilah, Omoda E5 menunjukkan taring sebenarnya sehingga mampu menewaskan kembarnya termasuk seterunya.
Ia yang dikuasakan bateri tunggal sebenarnya mampu menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan tork 340Nm.
Pemanduannya cukup lancar.
Bagi rakan sekerja saya, Mukhlis Azman yang berkesempatan memandu uji Omoda E5 menyifatkan dengan hamburan kuasa itu, ia menyediakan pemanduan yang cukup lancar serta membuatkan tahap pemanduan yang menyakinkan.
Walaupun angka keluaran kuasanya agak padu, E5 mampu memecut tanpa rasa semput walaupun semasa menggunakan mod pemanduan 'Sport'.
Dari segi pengendalian, Omoda E5 mendapat pujian daripada kami, kerana ia memberikan keseimbangan prestasi dan keselesaan yang cukup baik.
Walaupun keluaran kuasanya yang baik, Omoda E5 masih merupakan SUV tinggi. Ini bermakna anda akan mengalami sedikit olengan ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi.
Perkara ini sebenarnya boleh dielak sekiranya anda tidak melayannya seperti kereta sports maka, anda tidak akan mempunyai banyak kerenah mengenai pemanduan dinamik E5.
Satu bahagian yang dipertingkatkan sepenuhnya oleh E5 berbanding kembar petrolnya ialah keselesaan pemanduan kerana sistem suspensinya ditala dengan lebih lembut,
.Namun atas pengalaman pemanduan penulis, Chery Omoda E5 memberikan pengalaman pemanduan dan tahap NVH (kebisingan, getaran dan kekerasan) yang lebih baik .
Malah, tidak kedengaran bunyi angin sebaliknya ada bunyi tayar yang dikesan apabila memandu melebihi kelajuan lebuh raya.
Bagaimana pula dengan bateri dan pengecasan?
Apa yang mengejutkan, Chery Omoda E5 juga telah mengatasi pesaingnya dalam bab bateri dan pengecasan.
Difahamkan, Omoda E5 mendapat pek baterinya berkapasiti 61kWj daripada jenama saingannya iaitu BYD.
Dengan kapasiti bateri itu, Omoda E5 mampu bergerak sejauh 430 kilometer dengan hanya sekali cas .
Dengan pengecas pantas, masa yang diambil hanyalah 30 minit
E5 boleh dicas dengan pengecas AC 9.9 kW dan DC sehingga 80 kW. Dengan pengecas pantas, masa yang diambil hanyalah 30 minit daripada 30-80%.
Model ini turut hadir dengan fungsi kenderaan-kepada-beban (vehicle-to-load atau V2L), yang boleh menyalurkan tenaga sehingga 3.3 kW kepada peralatan elektrik kecil.
Kesemua info pengecasan terpapar.
Dengan hayat bateri yang mencukupi dan keupayaan pengecasan yang baik, Omoda E5 telah mengatasi pesaing yang berada dalam segmen ini segmen ini.
Bagaimana pula dengan ciri keselamatan?
Sama seperti EV lain yang berada di pasaran ketika ini Chery Omoda E5 juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif.
Antara ciri keselamatan.
Ia mempunyai lebih 17 fungsi ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC),Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengesan Titik Buta (BSD), permulaan pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), amaran perlanggaran hadapan (FCW), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan banyak lagi.
E5 juga dianugerahkan dengan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2.5.
Untuk makluman, beberapa fungsi ADAS ini juga membantu mengurangkan beberapa kelemahan E5, terutamanya titik buta yang lemah dan pandangan belakang yang ditawarkan oleh EV SUV ini.
Apapun, dengan adanya sistem pengesan titik buta dan paparan kamera panoramik 540 darjah, fungsi ini banyak membantu pemandu dalam pengendalian jentera ini.
Ada bumbung panaromik.
Selain enam beg udara dan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, SUV elektrik ini juga dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
Nampaknya,, Chery Omoda E5 didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan sekali gus menjadikannya ia salah satu kereta paling selamat yang terdapat di pasaran hari ini.
HARGA:
Buat masa ini, Omoda EV versi import sepenuhnya (CBU) ditawarkan pada harga RM146,800.
Majlis pelancaran Omoda E5 diadakan pada awal bulan ini.
Bagi yang berminat, Chery Omoda E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black.
Ia didatangkan dengan jaminan 7 tahun atau 150,000km serta 8 tahun untuk bateri atau 160,000km dan jaminan pemanduan 8 tahun.
Pakej khas untuk 2,000 tempahan pertama didatangkan dengan Pengecas Wallbox, pengecas V2L dan kredit pengecasan RM1,000 untuk rangkaian pengecasan EVC.
Tambah menarik dengan pengecasan EV percuma untuk semua pemilik Chery di semua cawangan 40 pengedar mereka di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, KLIK.
***Artikel ini adalah penterjemahan berdasarkan pengalaman penulis kami, Mukhlis Azman yang berpeluang memandu uji Omoda E5 baru-baru ini.
SPESIFIKASI
CHERY OMODA E5 EV
MOTOR |
1x Permanent Synchronous Electric Motor |
DRIVETRAIN |
Pacuan Roda Hadapan (FWD) |
KUASA |
201 HP (150 kW) |
TORK |
340 NM |
0-100 KM/J |
7.6 saat |
KELAJUAN MAKS |
172 KM/J |
BATERI & PENGECASAN |
Bateri |
JARAK |
430 KM (WLTP) |
BERAT |
N/A |
HARGA |
RM146,800 |
Gallery



















































Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB9355
SELANGOR
BSE4236
JOHOR
JXW4452
PULAU PINANG
PRQ3165
PERAK
ANV3102
PAHANG
CFB6508
KEDAH
KGA4128
NEGERI SEMBILAN
NEF6945
KOTA KINABALU
SJK7161
KUCHING
QAB2987L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Berkaitan
Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?
Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.
29-04-2025
Letupan Paip Gas Putra Heights: Chery Sanggup Pinjamkan 50 Kereta Untuk Mangsa
Terima kasih Chery kerana sanggup menghulurkan bantuan demi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat letupan paip gas.
02-04-2025
Beli Chery Omoda E5 2024 Dengan Rebat RM27K – Kini Hanya RM119K
Chery Malaysia menawarkan tawaran yang menarik bagi model elektriknya, Chery Omoda E5.
25-03-2025
Chery Malaysia Buka Empat Cawangan Baharu – Perluas Jejak Di Sabah & Sarawak
Chery Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di negara ini dengan pembukaan empat cawangan baharu di Sabah dan Sarawak.
14-03-2025
Chery Smart Auto Industrial Park Bakal Jadikan Malaysia Hab Automotif Serantau
Malaysia sedang melangkah ke hadapan sebagai hab pembuatan automotif terbesar di Asia Tenggara dengan pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park.
23-02-2025
Jualan Kereta China Semakin Melonjak, Apa Nasib Kereta Pasaran Malaysia?
Kereta dari China dilihat menjadi pencabar pasaran kereta Malaysia sejak tahun lepas.
23-01-2025
Chery Hadiahkan Omoda 5, Omoda E5 & Tiggo 8 Pro Kepada Atlet Paralimpik Malaysia
Chery Malaysia terus menunjukkan komitmennya dalam memberi sokongan padu kepada atlet Malaysia.
22-01-2025
Chery Malaysia Sediakan 60 SUV Untuk VIP Di Acara AISSE 2025
Chery Malaysia telah diumumkan sebagai Rakan Kenderaan VIP Rasmi bagi Asia International Security Summit & Expo (AISSE) 2025.
18-01-2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat