SUV Keluarga Terbaik, PROTON X90
Suhana Veru
18-3-2024
Penulis kali ini memandu uji model SUV segmen D yang juga merupakan model hibrid ringan pertama Proton, Proton X90.
Kali ini, secara kebetulan, penulis membawa bapa saudara yang datang dari United Kingdom untuk merasai pemanduan kereta nasional kita.
Memandangkan ia mempunyai tiga barisan duduk, penulis dan beberapa ahli keluarga lain membuat keputusan untuk naik ke Genting Highlands, Pahang sambil merasai pemanduannya ke puncak gunung.
Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin, bapa saudara saya cukup teruja dengan kabinnya yang cukup luas dan selesa kerana ruang kakinya di barisan tempat kedua dilihat menawarkan ruang yang cukup besar.
Malah, dia tidak henti-henti memuji Proton kerana mampu menawarkan model SUV dalam bentuk tiga barisan tempat duduk.
Tidak sampai setengah jam pemanduan, bapa saudara saya sekali memuji kerana ia mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memanjat gunung setinggi 2000 meter itu.
Sebaliknya, ini 5 perkara yang anda patut tahu tentang PROTON X90!
1. PEMANDUAN BOLEH TAHAN!
Walaupun ia besar gedabak, pada mulanya, saya berasa ia sukar untuk dibawa namun saya tidak sangka sedap juga bawa SUV naik bukit.
Malah, anak-anak saya juga tidak henti-henti memuji X90 walaupun dicampak ke kerusi belakang sekali. Kata mereka, walaupun nampak sempit, sebenarnya kerusi itu agak selesa bagi mereka yang masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.
Rupanya-rupanya setelah membelek beberapa maklumat mengenai Proton X90, jentera ini sebenarnya sudah dinaik taraf dengan suspensi jenis multi-link di belakang, berbanding jenis torsion beam yang digunakan Haoyue.
Maka, tidak hairanlah mengapa multi-link itu menawarkan kendalian lebih stabil dan ia menyebabkan penumpang belakang sekali berasa sedikit selesa.
Secara asasnya, suspension multi link ini direka untuk mengawal dive (menunduk) dan squat (mendongak) semasa membrek atau melakukan pecutan secara mendadak.
Bagi yang tidak tahu, antara kereta premium yang menggunakan suspension ini adalah seperti Lexus, Audi, BMW dan Subaru.
Tidak ketinggalan, kereta sport Porsche 911 adalah salah satu kereta yang turut menggunakan suspension mutli link pada bahagian belakang.
Patutlah X90 rasa sedikit berbanding X70.
Selain itu, suspension ini turut menawarkan pengendalian yang lebih baik dalam masa yang sama turut menawarkan keselesaan dalam pemanduan.
Berbalik kepada cerita ke Genting Highlands, SUV ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk lmemanjat bukit dengan begitu baik dan ia tidaklah begitu terhuyung-hayang ketika saya menguji keupayaannya di beberapa selekoh tajam.
Untuk pemanduan, terdapat tiga mod (Eco, Comfort dan Sport), brek parkir elektronik bersama fungsi auto hold, serta butang-butang untuk sistem bantuan turun bukit dan penderia parkir hadapan.
Bagi saya, walaupun ia hakikikatnya besar dengan ukuran panjang 4,835 mm, selebar 1,900 mm dan setinggi 1,764 mm namun entah kenapa saya tidak berasa leceh untuk memandunya berbanding Proton X70 yang dilihat agak tinggi berbanding X90 ini.
Malah, jika anda tekan pedal minyak sedikit ia sudah menghamburkan kuasanya.
Biarpun, Proton X70 menggunakan enjin yang sama namun saya berasa ia memberi kurang respons tetapi lain pula bagi X90 kerana responsnya cukup sensitif.
Jika ada yang meninggalkan komen kurang enak mengenai enjinnya, tapi saya suka dengan enjinnya.
Walaupun ia menggunakan enjin 3 silinder pengecas turbo 1.5L yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) serta unit Belt-Driven Starter Generator (BSG), ia mampu menawarkan pengendalian kereta yang cukup baik.
Apa tidaknya,, penggunaan sistem BSG dikatakan dapat menjimatkan bahan api penjimatan bahan api sehingga 15% serta memberikan output lebih tinggi berbanding sistem 1.5 TGDi biasa.
Patutlah, pemanduannya agak tajam.
Opss sebelum terlupa, dengan penggunaaan teknologi canggih, ini membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 187 hp/300 Nm.
Menyentuh mengenai pecutannya, saya boleh katakan, SUV ini bukannya kereta under power, ia ada kuasa pecutannya sendiri kerana anda kena faham ia sebuah SUV yang didatangkan dengan susunan tempat duduk yang banyak.
Lagipun, tak kanlah SUV jenis untuk keluarga pun nak power sangat? Betul tak?
Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap kereta baharu yang dikeluarkan, ada kekurangan, begitu juga dengan X90.
Jika anda menekan pedal minyak pada tahap optimum, anda mungkin berasa enjinnya sedikit tersekat namun anda kena ingat kereta ini bukannya kereta sports.
Ketika saya cuba memandunya pada kelajuan 110 kilometer sejam, saya berasa ada angin yang mencelah masuk dari cermin sisi.
Apapun, seperti mana saya katakan tadi, ini bukan kereta sports dan ia sebenarnya cukup sesuai untuk mereka yang mempunyai anak ramai atau yang tinggal bersama dengan ibu bapa.
Kereta ini bukan underpower sebab ada yang kata enjin 1.5 liter tak cukup power namun anda kena tahu dengan adanya, mild hibrid ia sebenarnya memberi pikap yang secukupnya.
Ia juga tidak terbuai ketika saya mengambil beberapa selekoh tajam ketika mahu sampai ke puncak Genting Highlands.
Dari segi breknya, ia juga agak efektif.
Bagi saya, sesiapa yang sedang mencari SUV yang selesa, jawapannya PROTON X90!
2. LUAR NAMPAK KECIL TAPI..
Siapa sangka melihat saiznya dari luaran, ia kelihatan kecil namun ia sebenarnya menyediakan tempat duduk enam atau tujuh orang bergantung kepada varian.
Apa pun, ia ternyata lebih besar daripada X70, walaupun dari pandangan mata kasar, ia tidak pula nampak jauh lebih tinggi dan terlalu lebar. Cuma, dengan pertambahan tempat duduk barisan ketiga untuk X90, ia tentulah lebih panjang.
Menjengah bahagian lampu hadapannya, ia didatangkan dengan lampu LED manakala lampu nyalaan siang harinya juga jenis LED dan disusun secara menegak.
Model ini juga memiliki lampu isyarat sequential yang terletak pada perumah lampu utama berada dalam jalur yang paling bawah dalam unit berkenaan.
Ini membuatkan ia sedikit berbeza dari kembarnya di China dan Filipina iaitu Geely Haoyue/Okavango.
Melihat grilnya pula, terdapat rekaan pin krom baharu yang diinspirasikan dari corak rekaan pada kain songket Malaysia.
Bahagian sisinya pula, ia dipadankan dengan rim yang biasa dan bukannya jenis yang sporty.
Varian ini dipasangkan dengan rim aloi 19-inci dengan tayar Continental EcoContact 6 bersaiz 235/50R19, manakala dua varian lebih rendah pula hadir dengan rim 18-inci dengan tayar 225/55R18.
Namun apa yang cukup mengujakan ketika penulis berdiri di belakang bonetnya. Terkejut juga apabila melihat bonetnya terbuka secara automatik kerana jarak saya dengan bonet agak dekat.
3. KABIN MODEN, LUAS
Dari segi kabinnya, saya sudah merasakan ia menawarkan sebuah kabin yang cukup moden dan praktikal.
Walaupun kabinnya luas, ia tidak mengetepikan rekaan moden dan mewah iaitu fokus kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.
Untuk makluman anda, model ini memberi tiga penekanan iaitu premium, moden dan kereta keluarga.
Apa yang ditekankan itu nyata berasas memandangkan bahagian kabin yang direka cukup raktikal untuk digunakan serta kemasan-kemasan yang diperbuat dari material lembut.
Ia mempunyai skrin infotaimen berdiri sendiri yang sangat besar bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.
Malangnya, ia tidak didatangkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Mengenai skrin infotaimen, ia didatangkan dengan saiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.
Terdapat juga kamera 360 darjah yang cukup jelas dipaparkan menerusi skrin sistem infotainmen berkenaan.
Kesemua imej yang ditayangkan itu kelihatan cukup jelas dan terang.
Varian yang saya pandu ini ialah varian flagship, maka ia didatangkan dengan kerusi kapten sekali gus membuatkan sedikit mewah macam kereta VIP.
Malah, kedua-dua kerusi baris kedua juga dengan dibekalkan sepasang tempat duduk kapten bersama perehat kepala pilot.
Bagi tempat duduk hadapan, terdapat liang udara bersama fungsi larasan berkuasa dengan enam hala untuk bahagian pemandu dan empat-hala untuk penumpang.
Varian ini juga cukup sarat dengan port pengecas kerana terdapat 7 port jenis USB Type A, Type C dan ada juga pengecas tanpa wayar, serta semua baris tempat duduk menerima port pengecas masing-masing.
Bab penghawa dingin, anda jangan risau kerana PROTON X90 menawarkan liang penghawa dingin di semua tempat. Pendek kata, dari depan hingga belakang penuh dengan saluran penghawa dingin.
Jadi, tiada istilah yang mengadu panas terutama apabila berada di kerusi paling belakang.
Bercerita mengenai tempat duduk barisan ketiga, lazimnya, orang kata ia cuma sesuai untuk budak-budak atau remaja.
Sebaliknya, bagi X90, ia juga sebenarnya selesa untuk orang dewasa. Bagi merasai pengalaman sebenar ketika turun dari Genting Highlands, saya tidak berasa langsung sempit memandangkan ruang kepala dan kakinya cukup luas.
Apabila saya duduk di barisan akhir, saya dapat merasakan ia sebuah jentera yang premium.
Antara yang lain ialah terdapat bumbung panaromik yang cukup besar selain lampu ambien dalam kabin dan jentera ini boleh dibuka secara automatik jika anda berada berhampiran dengannya.
Perincian lain yang turut ditawarkan termasuk upholsteri kulit Nappa manakala di tengah-tengah kerusi kapten terdapat satu lorong bagi membolehkan penumpang kedua dan ketiga boleh menukar tempat dengan mudah.
Bagi kanak-kanak, ia mungkin mudah namun lorong ini mungkin tidak sesuai bagi yang berbadan gempal. Jadi, anda perlu turun dan masuk dari belakang seperti biasa.
4. ADA 3 CIRI KESELAMATAN BAHARU
Gara-gara ia cukup sarat dengan ciri keselamatan, Proton X90 mendapat skor 5 bintang secara keseluruhan daripada agensi penilaian keselamatan kenderaan, Asean NCAP, baru-baru ini.
Maka, tidak hairanlah sejurus ia dilancarkan pada tahun lepas, pihak PROTON menerima ribuan tempahan.
Perkara itu turut diakui Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah.
Beliau berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan sehingga sekarang.
Lagipun, selain ia menawarkan kabin luas dan prestasi enjin yang cukup mengagumkan, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih.
Dari aspek keselamatan, Proton X90menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) berdasar kamera yang terletak di bahagian atas cermin hadapan.
Apa yang anda patut tahu ialah, X90 didatangkan dengan ciri keselamatan baharu yang pertama kali diperkenalkan iaitu Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Maklumat Papan Tanda Jalan (TSI).
Terdapat juga sistem keselamatan sedia ada seperti brek kecemasan autonomi, amaran hentaman hadapan dan 6 SRS Airbag.
Selain hadir dengan sistem keselamatan, Proton X90 ini turut dimuatkan dengan 10 sistem bantuan pemandu iaitu Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Stop dan Go, Intellignet Cruise Control (ICC), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Preventoin (LDP), Lane Centering Control (LCC), Emergency Lane Keep Assist (ELKA), Lane Change Assist (LCA), Auto Park Assist (APA), Kamera 360 darjah dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).
Mengenai ruang kargo pula, ia menawarkan ruang seluas 2,050 liter, jadi anda tidak mempunyai sebarang masalah jika mahu balik kampung dengan membuat banyak beg.
5. BERBALOI KE BELI?
Berbaloi atau tidak, ia terpulang pada anda sendiri kerana jika anda mempunyai keluarga besar, maka PROTON X90 adalah jawapannya.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan menerusi empat varian iaitu 1.5 TGDi BSG Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan pilihan enam atau tujuh tempat duduk.
Ia dijual pada harga RM123,800, RM130,800, RM144,800 dan RM152,800 (atas jalan tanpa insurans).
Pembelian adalah termasuk pakej standard iaitu jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB/bulan 5 tahun, dan buruh percuma sebanyak 6 kali.
Berbalik pada soalan tadi, bagi seorang ibu kepada dua orang anak, pastinya X90 menjadi pilihan saya namun malangnya saya sudah memiliki X70.
Pada hemat saya, walaupun saya mempunyai keluarga kecil, ia sememangnya cukup selesa dari dalam dan prestasinya enjinnya juga boleh tahan.
Apa yang saya boleh kata X90 menang dari segi kabin dan ciri teknologi yang ditawarkan. Apa pula pandangan anda?
Kongsikan.
SPESIFIKASI
PROTON X90
ENJIN |
Enjin 3 silinder pengecas
turbo 1.5L dengan sistem suntikan bahan api terus yang digabungkan dengan
sistem hibrid ringan 48V (MHEV). |
DRIVELINE |
Transmisi
dwi-klac basah tujuh-kelajuan, (Front Wheel Drive) |
KUASA |
187 HP @ 5,500 RPM |
TORK |
300 NM @1,500 |
0-100 KM/J |
- |
V-MAKS |
- |
BAHAN API |
- |
BERAT |
1,740 KG |
HARGA |
RM152,800 |
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Berkaitan
Proton Kini Tawar Pelan Prabayar Untuk Penyelenggaran Kereta, Boleh Jimat Banyak
PROTON memperkenalkan pakej perkhidmatan prabayar, Procare Smart.
12-12-2024
WCEC: Proton Serah 20 Proton X90 Flagship Untuk Kegunaan VVIP WCEC
PROTON menyerahkan 20 unit Proton X90 Flagship untuk memudahkan urusan delegasi yang menghadiri Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17, baru-baru ini.
20-09-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat