[PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?
Bagi sesiapa yang masih teragak-agak untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV), mungkin boleh mempertimbangkan kereta gabungan ‘dua dunia’ iaitu kenderaan hibrid plug-in (PHEV).
Trenkuasa canggih ini menawarkan fleksibiliti kepada pemandu yang ingin merasai pengalaman pemanduan EV tanpa kebimbangan mengenai jarak perjalanan.
Di Malaysia, banyak PHEV yang dipasarkan diletakkan dalam segmen premium. Kini sudah tiba masanya untuk pasaran kita menerima lebih banyak pilihan PHEV yang lebih mampu milik dan tidak lama lagi, kita akan menerima kedatangan model dengan ciri ini, Jaecoo J7 PHEV daripada Jaecoo Malaysia.
Spesifikasi Jaecoo J7 PHEV
Jaecoo J7 PHEV ialah versi elektrik hibrid untuk SUV segmen C, J7 versi standard yang kini dipasarkan di Malaysia. Model ini dilengkapi dengan sistem hibrid super (SHS) yang menggabungkan enjin khas hibrid (DHE) TGDi 4 silinder 1.5 liter dengan motor elektrik dan transmisi hibrid khas (DHT).
Dengan kuasa keseluruhan sebanyak 347 ps dan 525 Nm, model ini lebih berkuasa berbanding versi ICE, yang hanya mempunyai 197 ps dan 290 Nm. Baterinya yang berkapasiti 18.3 kWj membolehkan J7 PHEV mencapai jarak perjalanan sehingga 90 km menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia juga menyokong pengecasan pantas DC, yang efisien dengan masa pengecasan daripada 30-80% hanya kira-kira 20 minit.
Sistem hibrid canggih yang digunakan membolehkannya mencapai purata penggunaan bahan api serendah 5.2 liter/100 km (WLTP).
Dalam konvoi yang disertai tujuh negara (termasuk Malaysia) baru-baru ini, kami diberikan peluang untuk menguji kemampuan Jaecoo J7 PHEV untuk menempuhi perjalanan sejauh 1,300 km dari Guangzhou ke ibu pejabat Jaecoo di Wuhu, China dan cuba mengatasi jarak perjalanan yang dinyatakan di atas kertas iaitu 1,200 km dengan satu tangki penuh dan satu kali cas penuh.
Bahagian Pertama – Hampir 800 KM
Bahagian pertama perjalanan membabitkan perjalanan sekitar 800 km, bermula dari Guangzhou hingga ke titik tengah di Nanchang, manakala bahagian kedua melibatkan perjalanan sejauh 500 km menuju destinasi terakhir di Wuhu.
Di awal perjalanan, kami melalui jalan-jalan di sekitar bandar dan laluan B (B-road) luar bandar. Di sinilah kami menguji dan menggunakan mod pemanduan elektrik J7 PHEV sepenuhnya. Mengejutkan, J7 PHEV berjaya melepasi jarak EV yang dinyatakan, iaitu 90 km, selepas kami berjaya mencatatkan jarak luar biasa sejauh 125 km sebelum enjin pembakaran diaktifkan dan mod pemanduan HEV yang boleh dicas sendiri mula mengambil alih.
Semasa bateri di bawah 15%, kami meneruskan baki perjalanan dalam mod HEV (Hybrid Electric Vehicle), di mana paparan pada kluster instrumen menunjukkan baki tangki 60 liter yang masih penuh, dengan anggaran jarak boleh perjalanan sejauh 1,100 km. Bahagian kedua perjalanan pertama kami kebanyakannya melibatkan pemanduan di lebuh raya dengan kelajuan antara 80 km/j hingga 120 km/j melalui beberapa laluan berbukit dan menurun.
Dalam mod HEV, tahap bateri J7 PHEV kekal sekitar 20% kerana enjin dan motor elektrik saling bekerjasama untuk mengecas dan mengeluarkan tenaga bateri ketika kami memandu. Pada kelajuan rendah di kawasan bandar, sistem ini secara automatik bertukar kepada mod EV penuh.
Tidak seperti model hibrid lain dengan bateri yang boleh dicas sendiri, J7 PHEV boleh dikatakan agak senyap dalam mod HEV. Walaupun bunyi enjin masih dapat didengari, ia masih lebih rendah berbanding model hibrid yang lain. Pemanduan juga sangat lancar dan selesa, dengan sebahagian besar pergerakan kenderaan dipacu oleh motor elektrik.
Setelah mengharungi laluan lebuh raya yang panjang dan berliku, kami tiba di hentian pertama di Nanchang. Pada ketika ini, kami telah pun menempuhi perjalanan sejauh 775 km dari titik permulaan, dengan paparan instrumen menunjukkan anggaran baki jarak 405 km dengan bahan api yang tinggal dalam tangki.
Bahagian Kedua – Mampukah Jarak Keseluruhan 1,300 KM Dicapai?
Bagi bahagian kedua konvoi, kami perlu menempuh jarak antara 450 km hingga 500 km dari Nanchang ke ibu pejabat Omoda & Jaecoo (O&J) di Wuhu. Dengan baki jarak kira-kira 405 km seperti yang dinyatakan tadi, kami menjangkakan mungkin tidak akan mampu untuk sampai ke Wuhu tanpa perlu mengisi semula bahan api, memandangkan sebahagian besar bahan api telah digunakan semasa perjalanan pertama yang lebih jauh.
Dengan jarak perjalanan terkumpul sejauh 1,159 km, dan baki 85 km bahan api tinggal di dalam tangki, dan sekitar 120 km lagi diperlukan untuk tiba ke destinasi, kami terpaksa ‘mengibarkan bendera putih’ dan mengisi minyak untuk memastikan kami dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
Walaupun gagal mencapai sasaran 1,300 km, kami berjaya mencatatkan jarak keseluruhan sebanyak 1,244.6 km dengan hanya satu tangki dan satu cas bateri yang penuh, melebihi jarak rasmi yang diuar-uarkan, iaitu 1,200 km.
Potensi Mencapai 1,300 KM
Sekiranya kami berjaya mengekalkan kelajuan sekitar 100 km/j sepanjang perjalanan tanpa ‘godaan’ untuk menggunakan sepenuhnya kuasa 347 ps dan tork 525 Nm yang ada, kami yakin sasaran 1,300 km boleh dicapai.
Inilah yang berjaya dilakukan oleh pasukan dari UK yang mencatatkan jarak keseluruhan sebanyak 1,352 km dengan hanya satu tangki penuh dan satu cas bateri. Kejayaan tersebut menjadikan pasukan UK sebagai juara dalam cabaran 1,300 km ini.
Jaecoo J7 PHEV menunjukkan prestasi mengagumkan sepanjang sesi pandu uji dan cabaran ini, membuktikan kemampuannya untuk menempuh perjalanan jarak jauh dengan kombinasi teknologi hibrid dan elektrik yang cekap. Walaupun pasukan Malaysia tidak berjaya mencapai jarak perjalanan yang disasarkan, ia tetap memberi gambaran jelas tentang potensi luar biasa kenderaan ini.
Jarak perjalanan lebih 1,200 km berjaya kami capai walaupun sesekali kereta ‘dilenjan’ untuk menguji prestasinya. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pemandu biasa di Malaysia mungkin tiada masalah untuk mencapai jarak yang diiklankan untuk SUV PHEV ini, lebih-lebih lagi sekiranya kereta dipandu secara berhemah.
Apa yang turut mengujakan kami adalah jarak mod pemanduan EV yang sangat mengagumkan. Dengan bateri 18.3 kWj, kami berjaya mencatat lebih daripada 100 km, mengatasi banyak model PHEV lain di pasaran.
Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV
Pendaftaran minat (ROI) untuk Jaecoo J7 PHEV kini dibuka di laman web rasmi Jaecoo Malaysia. Berdasarkan harga versi CKD J7 yang tidak melebihi RM150,000, menarik untuk kita lihat bagaimana Jaecoo Malaysia akan menetapkan harga jualan bagi model PHEV ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPL4228
SELANGOR
BSG5402
JOHOR
JYD8754
PULAU PINANG
PRS6673
PERAK
ANY3134
PAHANG
CFC7995
KEDAH
KGB5043
NEGERI SEMBILAN
NEG5485
KOTA KINABALU
SJL8749
KUCHING
QAB7427L
Terakhir Kemas Kini 27 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.
20-06-2025
'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas
Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).
06-05-2025
Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula
Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,
18-03-2025
Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.
28-02-2025
Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula
Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia.
13-02-2025
Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya
Setakat ini, Jaecoo Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.
11-02-2025
Jaecoo J7 PHEV Bakal Dilancarkan Bulan Ini – Cecah 1,400 KM, Bawah RM170K?
Jaecoo J7 PHEV akhirnya disahkan akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia dalam bulan ini, Februari 2025. Apa yang kita boleh jangkakan?
03-02-2025
Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki
Menjelang kemunculan sulungnya di Malaysia bulan depan, Jaecoo J7 PHEV telah membuktikan kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai,
17-01-2025
Berita Terkini
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat