ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Menyusuri Jalan Kenangan: Mengingati Kolaborasi Porsche & Mercedes-Benz

Sofea Najmi

23-8-2021

Kongsi melalui

Tahun ini, Mercedes-Benz 500 E menyambut ulang tahun ke-30. Model ini telah membuat kemunculan buat julung kalinya di hadapan orang ramai ketika acara Paris Motor Show pada tahun 1990 sebelum mula dijual pada tahun 1991.


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang menarik sangat dengan Mercedes-Benz 500 E? Untuk pengetahuan anda, ketika penghasilan kereta ini, Daimler-Benz AG telah bergabung dengan pengeluar kereta mewah, Porsche.  Menyelusuri kenangan saat-saat ketika membangunkan kereta mewah ini, kedua-dua pasukan daripada Muzium Porsche yang terlibat menceritakan pengalaman mereka. 

 

Antara individu yang terbabit pada ketika itu ialah Michael Hölscher yang menjadi Pengurus Projek Pembangunan, dan Michael Mönig daripada bahagian Pengurusan Prototaip.


"Melihat kereta ini pada hari ini, hampir tak percaya bahawa reka bentuknya mampu menjadi sebegitu sempurna walaupun dihasilkan 30 tahun yang lalu tanpa data CAD," ujar Hölscher. 

 

Porsche AG mendapat kontrak pembangunan daripada Daimler-Benz AG di Untertürkheim, Jerman. Spesifikasi teknikalnya menjadi garis panduan dan kriteria bagi "rekaan dan pembangunan siri eksperimen untuk model asas W124 (barisan kereta bersaiz sederhana Daimler-Benz)." Dilengkapi dengan enjin empat injap V8 5L daripada 500 SL, kira-kira 10,479 contoh telah dihasilkan sehingga bulan April 1995, dan kesemua rekaan tersebut adalah kereta dengan empat tempat duduk. 



Enjin ini digabungkan dengan kotak gear automatik empat kelajuan, 500 E (bergantung  pada tahun model) mampu melakukan pecutan abad daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat dengan 321 hp kuasa kuda dan 480 Nm tork. Kalajuan tertingginya mencecah 250 km/j. 

 

Bermula daripada tahun 1990, badan bagi kereta ini dihasilkan dalam bangunan bernama Reutter di Werk 2, Zufferhausen kerana kekosongannya pada ketika itu.  Prosesnya cukup mudah: Mercedes-Benz membekalkan bahagian-bahagian untuk badan kereta daripada Sindelfingen untuk dihantar ke Zuffenhausen. Sementara itu, pasukan daripada Porsche pula akan membuat pemasangan badan dengan menggunakan komponen-komponen yang dihasilkan di Werk 2.  Badan kereta ini kemudian dibawa semula ke Sindelfingen di mana proses mengecat kereta dimulakan.  Pemasangan terakhir kereta dan juga enjin mengambil tempat di kilang Rössle Bau di Zuffenhassen.

 

Proses pemasangannya mengambil masa sekitar 18 hari yang mana setiap model 500 E akan berulang-alik daripada Zuffenhausen ke Sindelfinger sebanyak dua kali.  "Dari segi logistik, penghantaran ulang-alik kenderaan adalah satu cabaran yang besar.  Yang penting, semua bahagian yang diperlukan perlu sampai ke lokasi yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya," jelas Hölscher.

 

Pada penghujung tahun 1980-an, Daimler-Benz AG menugaskan Porsche sebagai penyedia perkhidmatan pembangunan memandangkan barisan produksi untuk siri 124 di Sindelfingen agak kecil. Sebagai sebahagian daripada usaha naik taraf, Model ini diberikan penjenamaan semula sebagai E 500. Kali ini, saiz badannya lebih lebar sebanyak 56 mm dan lebih rendah sebanyak 23 mm.  Di Porsche, projek penghasilan 500 E dinamakan sebagai "Project 2758."


"30 tahun telah berlalu, dan banyak perkara yang telah berlaku dalam industri automotif ketika ini, sehingga hari ini, 500 E tiada apa yang ingin disembunyikan. Pengendaliannya sungguh mengujakan. Pecutannya cukup baik, brek juga menakjubkan, memandu kereta yang memiliki karakter dinamik ini adalah satu nikmat. Saya amat menikmati bunyinya yang indah tanpa gangguan daripada enjin 8 silinder (kereta ini)," tambah Mönig yang bertanggungjawab dalam pembinaan prototaip 500 E. 



Perjalanan ini kemudian bersambung di Weissach pada penghujung 1980-an. Di sini, pasukan Mönig melakukan perubahan ke atas 14 buah kenderaan asal hanya dengan menggunakan tangan.  Bangunan 1 digunakan sebagai tempat pemasangan untuk kenderaan yang ke-15. Di sini, pemasangan dilakukan dengan menggunakan badan dan bahagian-bahagian yang telah diperbaik.

 

"Kolaborasi dengan rakan kerja di Mercedes-Benz berlaku dengan penuh rasa hormat, fokus, seimbang dan berdasarkan keinginan yang besar untuk mencapai kejayaan," kongsi Mönig sewaktu mengingati kembali saat-saat bekerjasama dengan Mercedes-Benz. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2071

SELANGOR

BSE4645

JOHOR

JXW5396

PULAU PINANG

PRQ3637

PERAK

ANV3682

PAHANG

CFB6691

KEDAH

KGA4275

NEGERI SEMBILAN

NEF7233

KOTA KINABALU

SJK7494

KUCHING

QAB3137L

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Video

14-06-2023
Video

10-04-2023
Global

20-03-2023
Gaya Hidup

08-03-2023
Teknologi

01-03-2023
Teknologi

23-02-2023
Global

21-02-2023
Berita Auto

12-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto
Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

Bahaya: Warga Emas Sembunyi Tepi Landasan KTMB, Tunggu Tren Beredar

Aduhai, tak takut ke kena rempuh dengan tren?

02-05-2025
Berita Auto
Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Toyota Eco Youth 2025 : 30 Sekolah Terpilih

Setiap 30 buah sekolah yang dipilih itu turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari .

02-05-2025
Berita Auto
LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya Prolintas.

02-05-2025
Berita Auto
Kesesakan Teruk  Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Kesesakan Teruk Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Penduduk di sekitar Pekan Tapah, Perak kini boleh menarik nafas lega memandangkan projek penyuraian trafik sudah siap.

02-05-2025
Berita Auto
Mesra Pelancong! MyRapid PULSE Dilancarkan – Ada Ganjaran, Akses Tempat Menarik

Mesra Pelancong! MyRapid PULSE Dilancarkan – Ada Ganjaran, Akses Tempat Menarik

Pengguna pengangkutan awam kini boleh memanfaatkan pelbagai ciri baharu melalui aplikasi perancang perjalanan, MyRapid PULSE terbaru.

02-05-2025
Berita Auto
Tiga Maut Kereta Terlanggar Pembahagi Jalan

Tiga Maut Kereta Terlanggar Pembahagi Jalan

Bomba mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

02-05-2025
Berita Auto
Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.

02-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.