BMW Perkenalkan BMW 330Li M Sport & BMW X3 sDrive20i xLine, Harga Bermula RM286k+!
BMW Group Malaysia baru sahaja mengumumkan dua model kereta baharu yang dipasangkan dalam negara serta inisiatif kitar semula untuk menangani isu pencemaran plastik.
Salah satu daripada model yang dilancarkan ialah BMW 330Li M Sport yang merupakan varian dengan jarak antara roda panjang yang pertama dalam portfolio sedan eksekutif kompak untuk pasaran Malaysia. Harga jualannya adalah bermula daripada RM300,800.

"BMW 3 Series telah menguasai carta secara konsisten dalam portfolio BMW di Malaysia - dengan lebih daripada 2,500 unit yang dihantar telah memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh Malaysia dalam tahun 2020 sahaja. Kejayaan BMW 3 Series terletak pada kebijaksanaan seni binanya yang menawarkan versatiliti yang tiada tandingannya, dalam masa yang sama mengekalkan DNA sporty yang menjadi penekanan dalam Sheer Driving Pleasure atau Keseronokan Memandu Semata-mata BMW."
Modal ini dimuatkan dengan penambahbaikan baharu bagi 3 Series iaitu aplikasi My BMW. Keutamaan diberikan kepada keselesaan dan ciri praktikalnya, aspek penting lain adalah untuk melahirkan aura elegan melalui reka bentuk yang sempurna. BMW 330i M Sport akan didatangkan dalam dua warna iaitu Mineral White dan Carbon Black yang melengkapkan upholsteri balutan kulit Vernasca yang berwarna Mocha dengan jahitan hitam.

Jika dibandingkan dengan BMW 330i M Sport terkini, BMW 330Li M Sport yang pertama memiliki kepanjangan 4,819 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,961 mm. Kedua-dua aspek ini adalah antara ciri visual yang membezakan model baharu dan yang pertama. Model baharu ini turut memiliki penambahan dari segi ketinggian sebanyak 6 mm menjadikan 1,441 mm. Reka bentuk bayangan dinamik baharu juga dilengkapkan oleh Individual High-Gloss Shadow Line BMW dan garisan bumbung seperti coupé.
Dari segi prestasi, model ini dikuasakan oleh enjin petrol Turbo TwinPower 4 silinder dengan transmisi Steptronic Sport yang dapat menjana 258 hp pada 5,000 ke 6,500 rpm dan 400 Nm pada 1,550 ke 4,400 rpm. Kereta ini mampu bergerak daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan kelajuan tertingginya pula adalah 250 km/j. Tahap penggunaan minyaknya adalah sebanyak 6.4 liter/100km dengan emisi karbon 147g/km.

Antara ciri keselamatan utama yang dimilikinya adalah Kawalan Pelayaran dengan fungsi brek, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang dan juga sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW. Didatangkan secara standard adalah Bantuan Pemanduan yang merangkumi amaran keluar laluan, amaran penukaran laluan, amaran pelanggaran hadapan, amaran lintasan trafik dan pencegah pelanggaran belakang. Fungsi Panggilan Keselamatan Pintar juga turut disediakan untuk memastikan bantuan dan sokongan yang berterusan selama 24/7.
Seterusnya pula adalah pendedahan varian baharu X3 iaitu BMW X3 sDrive20i xLine yang ditawarkan dalam harga bermula daripada RM286,674.00. Varian ini adalah tambahan baharu kepada portfolio SAV premium bersaiz sederhana di Malaysia.

Hoelzi menjelaskan, "BMW X3 telah menjadi salah satu daripada model terpenting kami dalam pasaran tempatan dari segi penawarannya sejak kali pertama ia diperkenalkan pada tahun 2011. Sepuluh tahun telah berlalu, kami berasa rendah hati untuk terus menawarkan SAV yang berkuasa ini dalam pelbagai spesifikasi dan varian berbeza untuk pelanggan di sini, di Malaysia – direka untuk memenuhi gaya hidup setiap individu."
BMW X3 sDrive20i xLine yang baharu ini menampilkan reka bentuk sporty yang serba baharu yang kelihatan unik dan bergaya rugged atau tampak tegap, sesuai untuk menempuhi apa sahaja jenis pengembaraan.

BMW X3 sDrive20i xLine yang baharu ditawarkan dalam empat warna berbeza iaitu Alpine White, Glacier Silver, Black Sapphire dan Phytonic Blue. Kesemuanya dilengkapi dengan uphosteri kulit vernasca berwarna hitam dengan jahitan hitam, sama seperti yang terdapat pada BMW 330Li M Sport.
Varian baharu ini dikuasakan oleh enjin turbo TwinPower empat silinder dengan transmisi Steptronik Automatik 8 Kelajuan dengan Fungsi Tahan Automatik. Gabungan kedua-duanya mampu menjana enjin berkuasa kuda 184 hp dari 5,000 ke 6,500 rpm dan daya kilas atau tork 300 Nm pada 1,350 ke 4,000 rpm. SAV baharu ini juga memiliki kuasa pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 8.2 saat dengan kelajuan tertinggi 215 km/j.
Ciri utama varian ini ialah Bantuan Pemanduan dan Parkir, BMW Live Cockpit Plus, Pembantu Peribadi Pintar BMW, Panggilan Kecemasan Pintar, sistem Akses Keselesaan, Pakej Kompartmen Simpanan dan sambungan telefon pintar.
Bersama-sama dengan dua pendedahan ini, BMW Group Malaysia turut mengumumkan inisiatif upcycling (penggunaan semula untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti atau bernilai daripada asal) yang menggunakan mesin Precious Plastic untuk memberikan kehidupan kedua kepada sisa buangan plastik yang diperoleh daripada aktiviti syarikat.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7489
SELANGOR
BSP7382
JOHOR
JYW1822
PULAU PINANG
PSC209
PERAK
APH2632
PAHANG
CFG4258
KEDAH
KGF7042
NEGERI SEMBILAN
NEK3307
KOTA KINABALU
SJR7514
KUCHING
QAB7209N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.
12-06-2025
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat