ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lamborghini Countach LPI 800-4: Hanya 112 Unit Ditawarkan Di Seluruh Dunia – Apa Keistimewaannya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sempena ulang tahun Countach yang ke-50, Automobili Lamborghini telah mendedahkan kepada umum kehadiran Countach LPI 800-4, model rekaan semula edisi terhad sebagai meraikan status barisan ini yang cukup ikonik pada pandangan orang ramai.

 

Model yang direka semula ini menampilkan gaya tersendiri yang bak kata mat saleh, sleek. Reka bentuknya cukup inovatif dengan sudut-sudut dan garisan yang tajam.  Rekaannya diinspirasikan daripada LP 500 dan LP 400 serta kereta edisi Quattrovalvole. LPI 800-4 menandakan 'kelahiran' imej baharu bagi Countach.



Satu perubahan yang ketara dapat dilihat adalah ketiadaan spoiler belakang yang sememangnya berbeza daripada model asal. Liang kemasukan udara (air intake) NACA juga dapat dilihat pada bahagian tepi dan pintu bagi mangatasi isu penyejukan yang wujud pada prototaip LP 112. 


Antara reka bentuk ikonik yang terdapat pada Countach terbaharu ini ialah garisan  unik Periscopio pada bahagian bumbung dan belakang kereta, bampar belakang "inverted wedge" dan empat paip ekzos.



Bergerak ke dalam kabin kereta, LPI 800-4 menampilkan gaya mewah dengan penggunaan balutan kulit dan jahitan geometri seperti mana yang terdapat pada Countach asal. Ia juga lengkap denga teknologi skrin sentuh tengah HDMI bersaiz 8.4 inci untuk tujuan kawalan termasuklah Connectivity dan Apple CarPlay.

 

Kereta sport mewah ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5L serta dilengkapi teknologi kapasitor Lamborghini. Hasilnya, ia boleh melakukan pecutan abad daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat dan 0 ke 200 km/j dalam masa 8.6 saat. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 355 km/j. 

 

Sebuah model kereta yang mantap, namun pengeluarannya terhad kepada 112 unit sahaja. Semasa membuat pemilihan unit, pelanggan boleh memilih daripada beberapa buah pilihan warna Heritage yang terdiri daripada warna-warna solid seperti Impact White dan Giallo Countach hinggalah kepada warna metalik moden seperti Viola Pasifae atau Blu Uranus.



Countach LPI 800-4  dijangka akan sampai kepada tangan pembeli di seluruh dunia pada suku pertama 2022.  Harganya? Sudah semestinya mencapai jutaan ringgit atau dengan lebih tepatnya sebanyak $2.6 juta (kira-kira RM11 juta) seunit. Namun harga ini bukanlah satu isu bagi golongan bangsawan. Buktinya? Kesemua 112 unit terhad yang ditawarkan ini dah habis terjual! Wow!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

12-04-2024
Global

22-03-2024
Kereta Baru

01-09-2023
EV

20-08-2023
Teknologi

08-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.