ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Masa Depan Keluli: Volvo Cars Dan SSAB Teroka Teknologi Keluli Bebas Fosil

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volvo Cars bergabung tenaga dengan syarikat pengeluar keluli Sweden, SSAB untuk membangunkan keluli bebas fosil yang berkualiti tinggi bagi kegunaan industri automotif. 

 

Inisiatif ini menjadikan Volvo Cars sebagai pengeluar kereta pertama yang bekerjasama dengan SSAB dalam projek HYBRIT - projek tercanggih industri keluli dalam usaha untuk menghasilkan keluli bebas fosil.


Projek HYBRIT yang dimulakan oleh SSAB bersama-sama pengeluar bijih besi, LKAB dan juga syarikat tenaga, Vattenfall, bertujuan untuk menggantikan penggunaan arang batu yang digunakan secara tradisional dalam penghasilan keluli, melalui penggunaan tenaga elektrik tanpa fosil dan juga hidrogen. Hasilnya? Projek ini mungkin dapat merealisasikan teknologi bebas fosil yang pertama di dunia, menyelamatkan alam sekitar daripada jejak karbon.

 

Volvo Cars juga bakal menjadi pengeluar kereta pertama yang menggunakan keluli keluaran SSAB. Keluli yang akan dihasilkan di kilang HYBRIT di Luleå, Sweden ini bakal digunakan untuk tujuan ujian dan juga dalam penghasilan kereta konsep. SSAB merancang untuk mengkomersialkan keluli bebas fosil bermula daripada tahun 2026. 

 

"Dalam usaha kami yang tidak pernah putus untuk mengurangkan jejak karbon, kami tahu bahawa keluli adalah satu bidang besar yang berpotensi untuk dimajukan. Kolaborasi dengan SSAB dalam usaha pembangunan keluli bebas fosil dapat membantu mengurangkan kadar emisi yang signifikan dalam rantaian bekalan kami," ujar Ketua Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson.



"Kami sedang membina rantaian nilai yang bebas fosil sepenuhnya. Teknologi termaju ini secara mayanya tiada jejak karbon dan mampu meningkatkan tahap kebersaingan para pelanggan kami. Bersama-sama dengan Volvo Cars, kami merancang untuk membangunkan produk keluli bebas fosil untuk kereta masa depan," tambah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SSAB, Martin Lindqvist. 



Untuk pengetahuan pembaca, industri keluli global bertanggungjawab atas kira-kira tujuh peratus daripada keseluruhan emisi karbon dunia.  Punca pembebasan karbon yang berlaku dalam industri ini adalah kerana penggunaan teknologi penghasilan keluli yang berasaskan bijih besi. 

 

Mengenai perancangan jangka panjang, matlamat penting yang ingin dicapai Volvo Cars adalah untuk menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030. 



SSAB pula sedang berusaha keras untuk mengurangkan kadar emisi karbon di Sweden sehingga sebanyak 10 peratus dan di Finland sebanyak 7 peratus dengan menggunakan teknologi HYBRIT - menggunakan hidrogen yang diperbuat daripada air dan tenaga elektrik bebas fosil, bukannya dengan arang batu. 

 

Volvo Cars merancang untuk menjadi syarikat neutral-iklim menjelang 2040 dengan matlamat untuk mengurangkan kitaran hidup jejak karbon bagi setiap kereta sehingga 40 peratus daripada 2018-2025.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-08-2025
Global
Teknologi

23-05-2025
Global

02-04-2025
EV

06-03-2025
EV

04-03-2025
EV

07-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.